TOKOH-TOKOH ISLAM




SEKAPUR SIRIH



Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah yang Maha Pemurah, Penyayang, Pemberi Rezeki dan Maha Agung dalam mentadbir sekalian alam. Berkat kesempatan masa yang Allah berikan, ingin aku berkongsi sedikit demi sedikit tentang tokoh-tokoh dalam ISLAM. Terutama tokoh-tokoh yang berjuang dalam menegakkan agama Islam.. bercita-cita ingin mengembalikan Islam pada kedudukan asalnya, kedudukan Islam yang diperjuangkan sejak zaman Rasulullah kita , iaitu kekasih Allah... yang mana ku kira kita semua perlu tahu, supaya kita dapat melahirkan iman dan semangat seperti mereka... semoga kita diberi pengetahuan tentang jasa-jasa dan usaha-usaha yang telah mereka lakukan sebagai mata-mata rantai perjuangan Islam, yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Ingatlah, mereka bukan orang yang memulakan perjuangan tetapi mereka adalah orang yang meneruskan dan menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Izinkan saya mulakan coretan di halaman ini dengan  petikan surah An-Nisa', ayat 95


"Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing, Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan dengan pahala yang besar." 
 
Berdasarkan kefahaman kita melalui ayat ini, jelaslah Allah melebihkan orang yang berjihad dan berusaha menegakkan agama Allah daripada orang yang hanya duduk goyang kaki dan tenang melihat umat akhir zaman yang semakin lalai dan alpa ini. Dan ketahuilah, ada pelbagai cara untuk kita berjihad, tidak perlu berfikiran jumud memikirkan tentang berjihad hanya di medan berperang, Berjuanglah mengikut keadaan tempat anda tinggal.. Semoga kisah-kisah tokoh ini akan memberi sedikit pencerahan kepada kita..ALLAHUMMA AMIN.~SELAMAT MEMBACA~



 
TOKOH-TOKOH GERAKAN ISLAM
ABAD MODEN

TOKOH PERTAMA :



IMAM SYAHID HASSAN AL-BANNA 

Pencetus Kebangkitan Umat Abad 20

" Ustaz Hassan Al-Banna hidup di dunia ini selama 40 tahun. Beliau tidak tidur di atas tilamnya yang empuk kecuali beberapa malam tertentu. Beliau tidak bertemu sanak-saudaranya kecuali pada saat-saat tertentu sahaja. Umur setelah itu berkelana untuk mengukuhkan tiang-tiang Rabbani dan memantapkan rukun-rukun ISLAM di saat kaum muslimin sedang terpedaya , pada saat penjajah terjaga, sementara dibelakangnya fanatisme salibiah sedang siap siaga, begitu juga dengan golongan komunis. Hassan Al-Banna adalah seperti raksasa yang memerangi semua itu, sehingga membuat musuh tidak dapat tidur dan menjadikan musuh tidak akan aman."
 (Sheikh Muhammad al-Ghazali)

Nama Imam Hassan al-Banna merupakan nama unggull yang sering disebut-sebut para gerakan dakwah islam pada hari ini. Ketokohan beliau dalam menjalankan gerak kerja dakwah dan kesungguhan beliau dalam menegakkan kembali Islam yang semakin dilupakan pada zaman beliau harus kita contohi. Kesedaran beliau dalam mengembalikan Islam, menyegarkan kembali kefahaman Islam yang kian meleset akibat kesan penjajahan Barat di negara-negara umat Islam adalah satu usaha yang begitu tinggi nilai dan kesannya kepada usaha dakwah pada hari ini.
        Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna merupakan seorang tokoh ulama', imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang kitab-kitab hadith dan Fiqh Perundangan Islam dan juga memiliki kedai menjual jam dan menjual gramophone.
Bapanya juga turut mengkaji, menyelidik dan mengajar Ilmu-ilmu agama seperti Tafsir al-Quran dan Hadith kepada penduduk sekitarnya dan beliau juga banyak dipengaruhi fikrah-fikrah perjuangan Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
     Melalui bapanyalah Imam Hassan al-Banna mempelajari banyak maklumat khususnya berkaitan isu agama dan fikrah-fikrah yang segar mengenai perjuangan Islam dan menegakkan kebenaran yang diperolehi daripada Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.Semenjak kecil Hassan al-Banna telah dididik dengan fikrah perjuangan. Ketika beliau berusia 12 tahun, beliau telah menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah Al-Sulk wal-Akhlaqi yang dikendalikan oleh gurunya di sekolah. Kerika usia masih muda ini, beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang ditubuhkan oleh oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan inilah beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang mana akhirnya memainkan peranan penting dalam penubuhan ikhwanul muslimin.
     Pada peringkat awalnya, beliau banyak menjalani aktiviti-aktiviti dakwah malahan terlibat secara aktif. Pada tahun 1927, beliau telah berjaya mendapat segulung ijazah dan meneruskan karier sebagai guru. Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan, pada tahun 1946 Hassan al-Banna telah meletakkan jawatan untuk menyusun keg iatan dakwah dengan lebih berkesan dalam masyarakat di bandar tempat beliau tinggal. Pengalaman beliau dalam jemaah selama ini menjadikan beliau seorang pemimpin yang sangat berpengaruh dan bijak dalam mengatur organisasi beliau. Ikhwanul Muslimin telah mengalami 3 peringkat iaitu, peringkat memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah  asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
   IKHWANUL MUSLIMIN berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua.Antara ucapan berpengaruh Imam Hassan al-Banna ialah,
" Saya dan rakan-rakan seperjuangan menyeru kepada kalian untuk kembali kepada ISLAM; ajaran dan hidayah. ISLAM adalah sistem kehidupan yang komprehensif, mencakup segala aspek kehidupan, dia merupakan negara dan bangsa, atau pemerintahan dan umat, dia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, dia merupakan thaqafah dan undang-undang atau ilmu dan hukum, dia merupakan menteri dan harta atau usaha dan kekayaan, dan dia nerupakan jihad dan dakwah atau perajurit dan ideologi, sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu sama lainnya"

  Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat membimbangkan kerajaan Mesir pada ketika itu yang diketuai oleh al-Nukrasi Basya dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Akan tetapi beliau tidak ditahan dan berusaha sedaya upaya menyelamatkan Ikhwanul Muslimin. Malangnya usaha beliau terhenti apabila beliau telah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar daripada bangunan Ikwanul Muslimin.
 Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan ini di dakwa telah dilakukan oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajaR yang tidak berpuas hati dengan pembubaran Ikhwanul Muslimin.Dengan kawalan yang ketat oleh kereta-kereta perisai polis, jenazah beliau dikebumikan dengan hanya sanak saudara yang boleh menghadiri upacara tersebut. Lebih menyedihkan lagi, penyokong Ikhwanul Muslimin tidak dibenarkan bertandang ke rumah beliau hatta untuk mengucapkan takziah dan mereka yang ingkar akan ditangkap dan diseksa serta dikurung. Begitulah kejamnya mereka.

   Imam Hassan al-Banna boleh dijadikan icon dakwah dan ahli gerakan Islam yang terulung disebabkan semangat juang dan pengorbanan yang tinggi. Sepanjang beliau hidup, bermacam-macam tawaran beliau terima  untuk memesongkan pemikiran beliau tetapi kesemunya beliau tolak dengan tegas.Akhirnya pihak British membuat kesimpulan bahwa Hassan al-Banna tidak dapat dipengaruhi oleh emas dan perak.

Antara rakaman tazkirah beliau sebelum beliau syahid ialah:

"Wahai Ikhwan ( saudara-saudaraku!) Berimanlah dengan ALLAH! Kuatkanlah dengan mengenal dan berpegang serta menyerah kepada Allah. Janganlah kamu takut selain dari Allah. Tunaikanlah suruhanNYA dan jauhilah laranganNYA. Bersikaplah dengan perangai yang baik. Jadikan kamu orang-orang  kuat dengan akhlak yang mulia, dengan sifat yang gagah sebagai orang-orang mukmin, dan  dari sifat mulia sebagai orang-orang bertaqwa dan yang Soleh. Kamu hendaklah betul-betul mempelajari Al-Quran dan betul-betul mengkaji serta mengulangi sirah nabawiyyah. Kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja bukan banyak bercakap dan bertengkar kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah mereka diilhamkan untuk bekerja. Sebaliknya satu-satu kaum yang sesat setelah mendapat petunjuk adalah kerana  mereka banyak bertengkar dan berbalah. Kamu hendaklah saling menyayangi sesama kamu. Berilah sepenuh tumpuan kepada perpaduan kamu kerana perpaduan adalah nadi kekuatan kamu dan sebagai tiang kepada kejayaan kamu. Tetapkanlah pendirian kamu sehingga Allah membuka yang haq di antara kamu  dan kaum dan Allah adalah pembuka. Dengar dan ta'atilah pimpinan kamu sama ada dalam kesusahan atau dalam kesenangan, sama ada kamu sukai atau dipaksa kerana ia adalah panduan kepada pemikiran  kamu, dan ia juga sebagai penyambung kepada hubungan sesama kamu. Kemudian dengan sabar tunggulah pertolongan dan bantuan Allah. Peluang ini tetap menjelang datang, usah diragu-ragukan :
Pada hari ini bergembiralah mereka yang beriman dengan pertolongan Allah. Allah menolong siapa sahaja yang dikehendakinya dan Allah amat gagah dan amat penyayang.
(Ar-Rum: 4-5)

Semoga kita sama-sama ambil ihtimam daipada kisah sang syahid yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan Islam terletak di tempat paling atas.Semoga kita dapat mencontohi beliau dan dimatikan dalam kesyahidan yang pasti. Hassan al-Banna adalah cerminan hidup seorsng pejuang yang telah mewakafkan hidupnya demi memartabatkan Islam di tempat selayaknya. Wallahualam. sekian untuk kali ini=)






TOKOH KE-2




ZAINAB AL-GHAZALI
MUJAHIDAH YANG CEKAL WALAU DIPENJARA, DISEKSA
~nantikan kemunculannya=)~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...