Tuesday, August 12, 2014

New Life, New Story and New Memory...=)

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah, 12 hari sudah menjangkau status isteri orang... banyak perubahan yang perlu dilakukan... 

1 Ogos 2014, hari pertama aku bergelar isteri, menerima tanggungjawab baru, kehidupan baru dan orang baru dalam hidup.... soalan yang bertalu-talu daripada sahabat, apa perasaan nak kahwin... selalunya aku x tahu nak jawab macam mana, seribu perasaan berhimpun sehingga xtahu apa yang perlu aku rasa. Cuma satu, mengingatkan hati supaya sentiasa bersedia kehidupan selepas ini, terus terang, bukan sesuatu yang mudah untukku menerima perubahan ini, satu-persatu perlu aku lakukan, dalami dan fahami... kalau dulu aku hanya fikirkan keluargaku, tapi kini keluargaku semakin besar, banyak hati perlu dijaga, banyak hati perlu kufikirkan... satu doaku pada Allah, berilah aku hati yang kuat untuk menghadapi setiap ujian...

Perkahwinan memang sesuatu yang manis, dan akan terus manis jika kedua-dua suami dan isteri saling memahami, saling bekerjasama, dan tidak terlalu melayan emosi dan banyakkan rasional...

Dan aku yakin, sekiranya perkahwinan ini adalah kerana Allah, insyaAllah Allah akan memberi bahagia... apa yang perlu aku lakukan, terus setia bersama suamiku... sejujurnya, kadangkala ditempa perasaan rindu pada ibu ayah, adik-beradik, tetapi tempatku kini adalah di sisi suami... Dia yang perlu aku curahkan kasih dan sayang tanpa berbelah bahagi kerana Allah...

Paling aku bersyukur di saat ini, Allah mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang dan sangat memahami.... benarlah kata orang, apabila sudah sebumbung dengannya, baru kita tahu sifat sebenar seseorang... lain daripada jangkaanku.... kalau sebelum ini aku sering berasa takut tidak mampu menyayanginya sepenuh hati, tetapi alhamdulillah.... setelah dia halal buatku... perlahan-lahan perasaan sayang dan cinta itu terbit... pemergiaannya ku rasai, ketiadaannya memberi seribu rindu... cuma aku bukanlah terlalu pandai meluahkan perasaan...  kerana jauh di sudut hati, aku masih malu...

Semoga perkahwinan ini dalam keberkatan dan redha Allah,
Semoga Allah sentiasa melindunginya di mana sahaja dia berada, selamatkanlah perjalanannya,
Hilangkanlah rasa canggung ku Ya Allah, 
Berilah aku kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai isteri kepada beliau...
Terima Kasih Ya Allah, mengurniakan perasaan cinta dan sayang yang tinggi kepadaku untuk suamiku...

InsyaAllah, akan aku selalu mengingatkan diri ini, perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, dipenuhi dengan seribu satu tanggungjawab.... berilah kami kekuatan, jadikanlah kami dalam golongan orang yang soleh dan solehah... kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan taat perintah Allah... amiin ya rabbal a'lamiin...^_^.

p/s : selepas nie ape? kene cari kerja, tapi sejujurnya mood kahwin aku belum habis menyebabkan slow nye rase perasaan ini untuk cari kerja... Atiqah, fighting!

Siti Atiqah & Muhammad Safwan

2 comments:

  1. Selamat pengantin baru..semoga bekekalan hingga ke syurga Allah. Hadapilah masalah yg akan dtg dgn hati yg tenang..mohonlah keredhaan dr Allah..semoga berbahagia hingga ke ank cucu ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...