Wednesday, June 4, 2014

HUKUM WANITA BEKERJA Oleh: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Alhamdulillah dapat perkongsian berguna daripada seorang adik.... Sekiranya banyak menjadi tanda tanye apakah wanita boleh bekerjaya atau tidak, moge2 pengisian berikut memberi sedikit pencerahan... Semoga bermanfaat^_^

SOALAN:

Apakah hukum sekiranya wanita keluar bekerja? Apakah wanita dibenarkan bekerja di luar rumah seperti  kaum lelaki? Apakah wanita dapat menyumbang tenaga dan memegang jawatan dalam sektor perindustrian, pembangunan, dan aktiviti kemasyarakatan? Ataupun wanita hanya duduk dan menguruskan rumah sahaja?

Islam memberi penghormatan kepada wanita dan memberi mereka hak-hak kemanusiaan semenjak beberapa abad sebelum pihak Barat mengetahui hal ini. Apakah kerjaya tidak termasuk dalam hak-hak wanita bagi menjaga air muka dan maruah mereka daripada dijadikan barang murahan?Apakah mereka hanya boleh keluar bekerja kerana keadaan hidup yang mendesak?

Mengapa wanita tidak boleh melibatkan diri dalam masyarakat seperti wanita Barat? Wanita Barat mampu menampilkan personality, menuntut hak, dan menyumbang bagi menaiktarafkan masyarakat mereka.Kami ingin mengetahuibatas-batas syariat yang mengharuskan seorang wanita itu bekerja untuk dunianya, tetapi tidak merugikan agamanya. Bukan seperti pengamalan golongan yang terlalu tegas dalam agama. Mereka menghalang wanita daripada keluar rumah, menuntut ilmu, bekerja, dan keluar ke masjid. Tidak juga seperti golongan yang memberi kebebasan kepada muslimah daripada sebarang ikatan dan mempamerkan mereka sebagai barang murahan.Kami memohon penjelasan daripada hukum syarak yang sahih dan sederhana dalam semua aspek.

JAWAPAN:Kesamarataan Hak Antara Lelaki dan Wanita

Wanita juga adalah seorang manusia. Sama seperti lelaki. Begitu juga dengan golongan lelaki. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah Ali Imran, ayat 195:Maksudnya: …..sebahagian daripada kamu adalah (keturunan) daripada sebahagian yang lain.

Manusia adalah makhluk hidup yang mempunyai tabiat berfikir dan bekerja. Allah s.w.t memciptakan manusia untuk beramal di muka bumi. Akhirnya, Allah s.w.t. pasti menguji siapakah Antara mereka yang mempunyai amalan paling baik.

Allah s.w.t. memberi tugas kepada wanita untuk beramal, sama seperti golongan lelaki. Mereka memperoleh ganjaran daripada amalan baik yang mereka lakukan, sama seperti ganjaran yang diperoleh golongan lelaki. Allah s.w.t. memberitahu dalam surah Ali Imran, ayat 195:Maksudnya: Sesungguhnya, Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal dalam kalangan kamu, sama ada lelaki ataupun wanita.Amalan baik pasti mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. menerangkan dalam surah An-Nahl, ayat 97:Maksudnya: Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki ataupun perempuan sedangkan dia beriman, sungguh, kami menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.Wanita juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

Islam tidak pernah mengabaikan hak sebahagian masyarakat dan menghukum masyarakat sebagai jumud ataupun lumpuh, lalu merampas kehidupan mereka. Islam juga tidak pernah mengeksploitasi kebaikan mereka tanpa memberikan sesuatu kepada mereka.Tugas utama seorang wanita adalah mendidik generasi. Allah s.w.t. memberi keistimewaan kepada wanita daripada segi fizikal dan spiritual dalam melaksanakan tugas itu. Tanggungjawab yang besar ini tidak boleh diabaikan. Ini kerana, masa hadapan umat manusia bergantung pada pendidikan generasi dan sumber kekayaan paling besar adalah sumber manusia.. Penyair Sunagi Nil, iaitu Hafiz Ibrahim ada bersyair:“Ibu diibaratkan seperti sebuah sekolah.Jikalau anda mempersiapkannya dengan baik, anda menyediakan akar tunjang satu bangsa.”

Selain itu, wanita juga mempunyai tugas dalam menjaga rumah tangga, membahagiakan suami, dan membentuk keluarga bahagia. Wanita juga bertindak bagi memastikan suasana rumah tangga dalam keadaan tenteram, penuh rasa cinta, dan kasih sayang.Ada perumpamaan menyebut, “Seorang wanita yang melayan suami dengan baik, umpama dia berjihad di jalan Allah.”

Namun, ini tidak bermakna hukum wanita bekerja di luar rumah adalah haram. Tidak ada individu dapat mengharamkan sesuatu perkara tanpa ada nas syarak dan dalil yang sahih serta jelas. Seperti yang kita ketahui, hukum asal sesuatu perkara adalah harus.Berdasarkan pada asas ini kita dapat mengatakan, hokum wanita bekerja ataupun melakukan aktiviti luar adalah dibolehkan. Kadangkala, perbuatan itu menjadi tuntutan yang digalakkan ataupun wajib dilakukan apabila keadaan mendesak.Contohnya, janda atau wanita yang diceraikan oleh suami. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan. Mereka juga tidak ada orang yang menanggung, sedangkan wanita itu mampu untuk bekerja bagi menampung keperluan hidup.

Namun, adakala wanita bekerja bagi memenuhi tuntutan keluarga seperti membantu suami, mengasuh anak-anak ataupun adik beradik yang masih kecil, ataupun membantu ayah yang sudah tua. Sebagai contoh, kisah dua orang anak perempuan kepada seorang lelaki tua yang mengembala kambing ayah mereka. Allah s.w.t. menceritakan dalam surah Al-Qasas, ayat 23: Maksudnya: Mereka menjawab, “Kami tidak memberi minum sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternakan mereka dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”Begitu juga dengan kisah Asma’ binti Abu Bakar r.a yang membantu suami beliau, Zubair bin Awwam menguruskan kuda, menumbuk bijirin dan menjinjing bijirin di atas kepala beliau dari kebun yang jauh di Madinah.

KESIMPULAN

Dalam konteks kemasyrakatan, tenaga wanita diperlukan bagi mengubati dan merawat pesakit wanita, mengajar anak-anak perempuan, dan kegiatan lain yang khusus untuk dilakukan oleh wanita. Wanita adalah orang paling utama yang berinteraksi dengan kaum sejenisnya dalam semua aktiviti, bukannya golongan lelaki.Golongan lelaki mengambil alih tugas-tugas wanita hanya ketika darurat, tetapi ini bukan kaedah yang tetap.

Syarat-syarat Wajib untuk Wanita BekerjaTerdapat beberapa syarat wajib untuk wanita yang bekerja:

1- Jenis pekerjaan yang diceburi adalah kerja yang disyariatkan, bukan jenis pekerjaan haram ataupun pekerjaan yang membawa kepada perkara haram, contohnya:
•    Berkhidmat sebagai hamba/pelacur yang melayani lelaki bujang.
•    Memjadi setiausaha khas kepada bos yang kadangkala membawa kepada situasi berdua-duaan.
•    Menjadi penari yang meransang nafsu dan naluri bagi mendapat habuan dunia.
•    Pelayan di bar yang menghidangkan arak. Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menuang, membawa dan menjual arak.
•    Pramugari kapal terbang yang menghidangkan minuman-minuman memabukkan kepada penumpang.
•    Wanita bermusafir jauh tanpa mahram, menyebabkan mereka bermalam bersendirian di negeri asing.
•    Semua pekerjaan ataupun aktiviti haram dalam Islam sama ada khusus kepada kaum wanita ataupun kepada semua golongan lelaki dan wanita.

2- Wanita muslimah perlu mematuhi adab-adab ketika keluar rumah. Antara adab-adab itu adalah dalam berpakaian, berjalan, bercakap dan setiap gerak-geri. Allah s.w.t. memerintahkan dalam surah An-Nur, ayat 31:Maksudnya: Dan katakana kepada perempuan-perempuan beriman itu supaya menundukkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan dan memelihara kehormatan mereka. Dan jangan mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan jangan mereka menghentakkan kaki supaya diketahui oleh orang tentang apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.Allah s.w.t. mengingatkan wanita supaya tidak melembut-lembutkan suara mereka dalam surah Al-Ahzab, ayat 32:Maksudnya: Jangan kamu berbicara dengan lembut manja kerana ia mampu menimbulkan keinginan kepada orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya. Sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai, dan sopan.

3- Pekerjaan ataupun tugas wanita itu tidak menyebabkan dia mengabaikan kewajipan-kewajipan lain seperti kewajipan kepada suami ataupun anak-anak, iaitu kewajipan dan tugas utama seorang wanita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...