Sunday, April 20, 2014

Qalbu Salim

Hati yang sejahtera, hati yang sentiasa mengingati akhirat.

Ke arah hati yang bahagia, adalah dengan melakukan kebaikan kepada orang lain, maka hatinya akan dekat dengan Allah. Hati yang dekat dengan Allah akan mudah mengingati akhirat lantas sentiasa berwaspada dalam amal ibadah dan semakin meningkat amal ibadah, semakin mendapat hati yang sejahtera... Qalbu Salim..

Hakikatnya dunia ini penting, kerana adanya akhirat. Dunia tempat bercucuk tanam mengumpul amal kebaikan, supaya berbekal ketika menuju akhirat...

Ya Allah, hari ini aku meneruskan kerja seperti biasa di office, namun jauh sudut hatiku terasa lesu... Alhamdulillah ada sahabat yang suka berkongsi dan meningkatkan produktiviti hati dalam bekerja...

Please, cheer yourself.

Jika benar memahami dunia ini ladang akhirat, setiap pekerjaan adalah bekal menuju ke akhirat,  sekiranya dilakukan semata-mata taat pada perintah Allah...

Alhamdulillah, demi mengubat kelesuan hati sepanjang hari bekerja, aku serta seorang sahabat mengambil keputusan untuk beriktikaf di masjid selepas menghantar seorang sahabat yang duduk tidak jauh dari masjid tersebut.
Sehingga selesai berjemaah Isya', kami pulang, semoga pulang dengan hati yang segar.. untuk memulakan tugas keesokan hari, sekira Allah masih memberi peluang untuk melihat dunia sekali lagi.

 Jangan dipinta ringankan ujian, tapi pintalah hati yang kuat untuk menghadapi ujian...^_________^

Keep up Atiqah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...