Wednesday, March 26, 2014

Dr Harun Din Mula Bersuara Mengenai MH 370

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpgIni antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:
1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.
2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.
4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.
9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Diolah semula oleh penulis asal
 
copy from http://www.colourfulcontactlens.com/2014/03/dr-harun-din-mula-bersuara-mengenai-mh.html

Wednesday, March 19, 2014

Practical World~~ Cyberjaya, Selangor


Alhamdulillah, tanpa sedar.. sebulan sudah berlalu... pejam celik sekejap sahaje... rasa macam semalam baru jejak kaki di bangunan SME Tecnopreneur nie. Kami berlapan di sini. Setelah mendaftar diri, rupenye bukan kami berlapan sahaja, ada berpuluh student UITM Shah Alam juga sedang berpraktikal. Alhamdulillah, kami disini diberi modul dan ade beberapa assignment telah disediakan untuk kami selesaikan selama 4 bulan disini. Pada mulanya pening jugak untukku memahami apa sebenarnye syarikat nie buat, lama-kelamaan baru faham. Department kami ini adalah department IC Design, cume di sini, lebih pada simulation dan programming Integrated Circuit tersebut. Staff di sini pun kebanyakkannya buat research untuk upgrade technology sedia ada. Kami diletakkan di bawah seorang supervisor tetap, tetapi untuk setiap modul, supervisornye berbeza. Cume supervisor tetap kami adalah En. Muhaimin, masih muda, 26 tahun, dan baru berkahwin. Walaupun muda, tapi alhamdulillah beliau sangat serius dan tegas, susah juga nak tengok beliau tersenyum, menggambarkan pada kami bahawa kerja kene serius, buat yang terbaik. Pada awalnya aku merasakan performance kami tidaklah begitu baik, mungkin ambil masa untuk sesuaikan diri, dengan keadaan duduk di meja masing2 yang telah ditetapkan, dan dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang hanya memandang komputer menyebabkan terserlah 'kebosanan' kami.  Practice make perfect, sesuatu yang tidak biasa akan biasa juga lama kelamaan. 
Bagi diriku sendiri, mungkin tidak berapa gembira kerana ramai budak UITM yang mana 3/4 daripadanya adalah budak lelaki. Alhamdulillah mereka well behave. Setelah 4 minggu, akhirnya kami tinggal 10 orang sahaja, kerana ahli praktikal yang lain telah selamat menjalani dan mengakhiri praktikal mereka. Kami pun telah berpindah bilik yang lebih kecil. Syukur, di bilik baru ini, aku lebih selesa dan bersemangat, satunye sebab tinggal kami2 je di sini. Keadaan menjadi aman, pada pengamatanku..=) Alhamdulillah. Cume satu yang kurangnya ialah pada sesi public speaking, DBS Session, hanya 10 orang nie sahajalah pendengarnya.. 
Antara perkara yang membuat aku rasa bersyukur adalah sesi DBS ini memberi peluang pada kami untuk develop soft skill di samping ada sesi yang boleh kami menyampaikan motivasi dan peringatan. Alhamdulillah....
Apepun, beginilah dunia kerja, belum lagi rasa seperti sahabat-sahabatku yang lain yang sedang bertebaran di tempat lain, ada yang ditempatkan di department yang agak lasak, dan macam-macam lagi. Yang penting, semuanya diletakkan Allah mengikut kemampuan masing-masing. Di tempatku, ilmu pengetahuan yang tinggi tentang apa yang kami pelajari amat diperlukan disini. Alhamdulillah juga, kami masih memerlukan buku-buku rujukan tebal kami itu..=) 
Nothing to share more... so that's all from me...
Selamat menjalani praktikal Atiqah..^_^








Tuesday, March 18, 2014

Pesanan Imam Al-Ghazali

Bersiar-siar di alam maya, terjumpa satu pesanan berharga buat sesiapa sahaja... buat yang bergelar wanita, bakal isteri atau bakal berkahwin.. bagiku..tidak semesti hanya apabila menghampiri perkahwinan barulah ingin membuat persediaan, sedangkan dari sekarang kita kena mula.... semoga bermanfaat buat diriku dan yang lain=)

Pesana dari Imam Al-Ghazali... kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya... sayu pula hatiku membacanya...


Anakku!
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.......
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Itulah suamimu,
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan
ia dapat kau jadikan tiangmu.
Jadilah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya,
nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya.....
Dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,
Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu,
maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,
Peliharalah hidung,telinga dan matanya.....
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu
Daripadamu melainkan yang harum,
Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu
Daripadamu melainkan yang baik,
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu
Daripadamu melainkan yang cantik belaka...

Mari Hayati Pesanan Ini



Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:


Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

                                               ******************************


Didik diri sendiri



Melengkapi fardhu muslim dengan 10 muasafat ini...insyaAllah membantu menuju seorang muslim yang ideal=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...