Wednesday, January 29, 2014

Sem 7 , sem terakhirku di kampus USIM

Alhamdulillah... selesai sudah aku menempuh semester 7 ini.... semester yang sangat mencabar buatku... semester yang paling menguji tahap kesabaran dan kekuatan hati... banyak perkara yang dilalui... perkara yang tidak dijangka akan ada orang lakukan.. aku lakukannya pada semester ini... 

Inilah tarbiyyah dari Allah buatku... sungguh ku rasa peritnya, alhamdulillah manis pengakhirannya... kini masa untuk meneruskan lagi sesi kehidupan... bulan 2 ini aku akan start berpraktikal di cyberjaya... mungkin lebih mencabar, namun sebagai hamba Allah , kite kene sentiasa yakin dan bertawakkal pada Allah... letakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah..

Banyak kesilapan-kesilapan telah dilakukan, dan Allah menyediakan pintu Taubat agar kita jangan berhenti bertaubat dan sentiasa melahirkan dalam hati dan minda "Aku boleh berubah".

Suasana setiap pagiku dalam KTM
Oleh itu, aku ingin menitipkan kenangan-kenangan manis bersama sahabat2 ku di sini.... terlalu banyak mereka membantuku.. sering menghantarku ke ktm tatkala bas mini sudah tiada.. 

Pada permualaan semester, tidaklah mencabar sangat kerana adanya bas mini yang akan membawa ku ke USIM, namun tidak sampai 2 bulan, bas mini tersebut rosak sekaligus tiada lagi pengangkutan awam ke USIM melainkan teksi... kalau naik teksi, hari-hari RM15, memang 'parak'lah poket aku... setiap hari, turun sahaja di stesyen Nilai, otakku akan ligat memikirkan macam mane utk sampai ke USIM... pada peringkat awal, adalah sorang uncle India menawarkan perkhidmatan prebet, tidaklah naik seorang diri, bersama sorang kakak yang bekerja berdekatan USIM. Lama kelamaan, Uncle tu plak dah pindah... okeyh.. fikir balik bagaimana untuk sampai ke USIM, bertemu pula dengan Aunty bangsa Cina, sangat caring orangnya, akhirnya jumpa jalan , nak bas airport dan turun di salah sebuah roundabout... kami sama-sama jalan kaki dari situ, Ya Allah, penat, tapi bak kata aunty, harapnye baik kesihatan kita, kire macam exercise la nie..^_^... alhamdulillah itulah rutinku sehingga habis semester...


Semester ini juga Kos kami melaksanakan seminar yang kami beri nama sebagai APHYS, Applied Physics Seminar... Gembira, satu pengalaman baru untuk handle program profesional, selalunya hanya handle program tak rasmi. Paling bermakna ialah ukhuwah kami 36 orang dalam satu kelas bertambah erat, dan aku berpeluang menyediakan video montaj bersama my superbfriends, Ruqaiyah untuk menghasilkan video tersebut. Alhamdulillah semua berpuas hati.


Persiapan pada malam hari sebelum berlangsungnya seminar kami esok.. Bergambar setelah selesai urusan kami.

Antara kenangan manis lain adalah sesi tukar-tukar hadiah. Tak tersangka yang dapat aku adalah salah seorang sahabat akrabku, Solehah.Alhamdulillah, terima kasih untuk hadiah ini.
Hadiah dari Leha (tukar-tukar hadiah)

Selesai masing-masing sibuk dengan seminar dan aktiviti-aktiviti kelas... akhirnya kami kembali bertumpu pada tesis kami. Semua bertungkus lumus dengan eksperimen masing-masing. Tesisku pula adalah berkisarkan remote control. Seperti kita tahu, terlalu banyak remote control di rumah, utuk TV, kipas , pintu pagar dan aircond. Dalam tesisku, kajianku adalah mengenai menukar dari mekanisme infrared yang digunakan oleh remote control untuk control barang-barang di rumah kepada menggunakan cellular network.   Jaringan sellular ini adalah jaringan yang digunakan dalam telefon bimbit kite ^_^. So, bahasa mudahnya, menukar remote control yang biasa kepada remote control by mobile phone. Control appliances di rumah hanya dengan menggunakan handphone kite. Ya Allah , untuk menyiapkan tesis ini, memerlukan beribu air mata dek kerana banyak halangan dan ujian yang terpaksa aku tempuh. Dengan FST tidak menyediakan peruntukan untuk beli barang, terpaksalah aku yang membelinya sendiri dengan duit sendiri. Walaupun sedar tahap tesisku ini patutnye budak master punye kerja, tapi takpe, aku menyahut pemberian tajuk ini dari supervisorku... Walaupun pada akhirnya eksperimen aku stuck pada satu step yang menyebabkan tak dpt untuk meneruskan kepada step-step seterusnya, Alhamdulillah Allah beri kebaikan kepadaku. Merintih aku berdoa semoga tesisku ini lepas, bimbang dek kerana tiada result akhir, lecturer yang menjadi accessor minta repeat, itulah yang menjadi igauan padaku... tak sanggup nak tambah satu semester lagi hanya untuk tesis semata. 

Pada hari presentation tesis kami, aku seakan redha, berdoa moga Allah permudahkan dan hanya menyerahkan keputusan pada Allah. Niatku, aku akan cuba present dengan baik kerana ia adalah projekku! Dan Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan mudah, daripada giliranku pada waktu petang, bertukar menjadi pagi dan third presenter untuk bilik kami. Ya Allah, habis sesi pembentangan, bermula sesi soal jawab. Komentar pertama dari accessor "Good presentation, good research"... sekaligus rasa nak terus bersujud syukur pada Allah. Setelah bertanya beberapa soalan, dia memberi motivasi supaya aku meneruskan langkah, jangan berhenti setakat degree ini. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum dan menyelesaikan presentation dengan ucapan terima kasih. Hakikatnya, terima kasih tidak terhingga, kepada Allah, kepada accessor, dan supervisorku.. Alhamdulillah, selesai akhirnya proses tesisku, dan siap sudah hardbound

4 keping hardbound, siap untuk submit^_^



Begitulah pengakhiran semester ini, Alhamdulillah, aku gembira bersama 8 orang sahabatku yang sekelas untuk pengkhususan mikroelektronik. Sesungguhnya aku pasti merindui mereka semua, Semoga kami semua dapat menjalani praktikal dengan baik dan dipermudahkan Allah untuk setiap urusan kami untuk semester terakhir Degree kami ini.



Hari terakhir peperiksaan  sem 7, Jan 2014

Berusaha dengan eksperimen.
 Antara tugasan semester ini, mengenali barang-barang elektronik, kegunaannya untuk diaplikasikan ketika berpraktikal nanti. Selamat Berpraktikal buat semua sahabat-sahabatku, Allahumma Yassir....^_^






Sebelum berhenti menaip, sementara menunggu start berpraktikal, banyak urusan perlu diselesaikan. Yang paling penting, menghabiskan buku-buku bacaanku yang tak terbaca itu, terutamanya buku-buku haraki itu. Buku pertama adalah buku dibawah ini... Manhaj Daurah Tadribiyyah...Selamat Membaca dan Memahami, Cik Siti Atiqah...^_^ Barakallahufikum.

Monday, January 27, 2014

Menjadi Diriku....


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
  
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna


Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki





Sunday, January 26, 2014

Perginya Permata Tarbiyah..

 Al-Fatihah buat
Tuan Guru Dato Harun Taib
telah kembali ke rahmatullah pada
 25 Jan 2014
12.10 am

Sekali lagi , bumi ini menyaksikan dan menerima pemergian insan hebat ini... seorang murabbi tarbiyyah harakah ini. 
Sekali lagi bumi ini kehilangan permata tarbiyah yang memandu gerakan perjuangan islam ini.
Ya Allah, semoga Kau menerima amal-amalnya, tempatkanlah beliau bersama solihin dan syuhada'.
Beliau yang menerima tarbiyah secara langsung dari Ikhwanul Muslimin, terlalu banyak sumbangan idea, tenaga telah dicurahkan demi sebuah perjuangan ini. 
Ya Allah , jauh lagi diri ini ingin mencontohi teladan yang telah  beliau berikan kepada kami abnaul harakah. Gerun untukku mengakui bahawa aku adalah salah seorang dari ribuan abnaul harakah yang ditinggalkan, sedangkan sedikit sangat usahaku dibandingkan dengan beliau dan tokoh-tokoh gerakan yang lain.
Kuatlah kami untuk terus melangkah meneruskan perjuangan Islam. Semoga satu hari nanti Islam akan kembali bertapak di bumi ini kerana agama ini di sisi Allah.

Amin ya Rabbal A'lamin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...