Wednesday, November 27, 2013

Ustaz Yahya Othman dalam kenangan=)

Cerdik dan rajin..

Enta janji berapa orang nak datang usrah dengan ana dan yang datangnya berapa orang?, sekali lagi kami anak-anak tarbiah diajukan soalan yang menerbitkan siri-siri buah tarbiah yang cukup menikam kalbu. Kami menjawab dengan nada perlahan seperti suara terlekat di halkum, ?7 orang yang mari yang sepatutnya datang 12 orang? Mereka tahu ke malam ni ada usrah, mereka ada maklum tak datang?, soalan Ustaz terus mengasak kami. Ya akhie, lain kali kalau nak datang usrah dengan ana, bawa yang cerdik dan rajin, yang kurang cerdik dan malas tak payah ajak dan bawa ke rumah ana!!!?, dengan suara meninggi dan mimik muka yang menggerunkan kami. Suasana diam seketika, semua yang hadir tunduk menginsafi kesalahan dengan beberapa perkara yang dijanjikan sebelum usrah dijalankan.
Dengan nada lembut tapi serius, Ustaz menjelaskan bahawa agama hanya dapat ditopang oleh orang yang cerdik dan rajin sahaja. Nabi-nabi semua cerdik kerana sifat nabi ialah fathonah yakni bijaksana. Beliau menerangkan ada perbezaan antara cerdik dan pandai. Pandai tidak semestinya cerdik. Ada orang yang kurang pandai dalam pelajaran, tetapi dia cerdik. Bagi Ustaz Yahya, cerdik ialah orang yang ada akal dan mampu menggunakannya. Orang yang cerdik mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan. Ditambah dengan rajin pula, agama akan dapat dijulang jika dibawa oleh pemuda yang rajin dan cerdik. Jika malas, seseorang itu tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka sendiri, apa lagi tanggungjawab agama.
Kenapa kita perlu orang cerdik? Usrah ni bukan nak mengajar ilmu dan baca kitab semata-mata, kita baca untuk kita laksanakan. Kalau kita tidak mampu untuk berfikir, macam mana kita nak baca kitab-kitab besar dan mengaplikasi dalam kehidupan?
?Ingat, ana nak yang cerdik dan rajin sahaja dan enta semua kena cerdik dan rajin, baru boleh usrah dengan ana!!!?, Ustaz Yahya mengakhiri taujihat yang penuh bermakna supaya kami jadi manusia cerdik..
?????????


Tuesday, November 12, 2013

Falsafah Ta'alim

Falsafah Taalim (belajar)

Isi ini aku ambil daripada salah sebuah blog yang aku follow... Falsafah belajar... apa yang perlu ada untuk menuntut ilmu.. Adalah seperti di bawah...=) belajar ni ada falsafahnya yang tersendiri, kalau sempurna falsafah ni barulah sempurna seseorang tu belajar.

1. BACA
sebagai seorang pelajar tak dapat tidak kita perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu kita. tidak cukup hanya dengan membaca, kita juga perlu..


2. FAHAM
memahami secara mendalam apa yang kita baca, banyak saja orang yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak memahaminya.


3- HAFAL
memang adat nak jadi orang yang berilmu kita kena menghafal untuk memudahkan kita mengunakkannya apabila diperlukan, kata ustaz, apa beza pelajar universiti dengan orang kampung, mereka juga membaca dan menghafal, kadang-kadang ayat-ayat lazim dan doa-doa yang diajarkan lebih mereka dari kita menghafalnya, jadi perlu ada satu lagi syarat dalam menuntut ilmu ni iaitu..


4- HAYATI
iaitu dengan kita beramal dengan segala ilmu yang kita miliki, amal itu lahir dari penghayatan, jadi tidak ada gunanya ilmu tanpa amal.

via  >  http://basri-ibrahim.blogspot.com/2010/09/pesan-murabbi-2.html

Monday, November 4, 2013

Hanya pada Allah

Ya Allah , aku memohon kekuatan dan ketetapan hati...
Aku memilih untuk setia pada perjanjianku...
Biarpun untuk kesekian kali aku terpaksa mengecewakan...
Aku yakin pada ketentuan Allah...
Hampir keseluruhan doaku...
mohon petunjuk dari Allah...
apabila perasaan lemah untuk meneruskan datang menduga...
setiap kali itulah aku bagaikan merasai...
Allah memberi kekuatan..mencurah-curah kekuatan itu datang..
memberi keyakinan kepadaku untuk terus setia...
Setia menunggu tanpa banyak soal..
Setia untuk terus bersabar...
Setia untuk terus memanjatkan doa pada Allah...
Semakin lama aku menanti...
Mengajarku untuk semakin kuat bergantung pada Allah...
Mengajarku untuk lebih sibuk dengan kerja-kerja Islam..
Biarpun kadangkala jiwaku meruntun untuk menyelesaikan dengan segera...
Namun aku perlu yakin pada ketentuan Allah untukku...
Oleh itu , aku redha dan bersedia dengan setiap apa yang Allah tentukan untukku...
Segalanya kerana Allah...
DIA lah yang menciptaku dan mengatur urusanku...
Sudah tentu Tuhan yang Maha Sempurna ini akan mengatur urusanku dengan indah sekali...

Aku meminta maaf pada yang berkenaan...
Sifatku tidak suka mengecewakan...
tetapi untuk perkara yang sudah ada ketetapannya...
Aku tegar untuk mengecewakan...
Kerana aku berhak memilih dan menentukan...
berlandaskan keizinan Allah atas pemilihanku...
Ya Allah... hanya Engkau di hatiku...
Kerana aku yakin cintaku kepadaMu...
membawaku kepada yang Engkau redhai dan berkati...
Aku tidak mahu mendapat kemurkaanMu ya Allah...
Ampunkanlah atas setiap kekhilafanku sebagai hamba yang tidak sempurna..
Hanya padaMu aku memohon kekuatan dan ketabahan..=)



Alhamdulillah ^_^



Alhamdulillah... 1 Nov hingga 4 Nov , selesai berprogram bersama-sama sahabat... untuk kesekian kalinya aku ditaklifkan sebagai pengisian... setiap kali mendapat taklifan untuk handle program... hatiku x henti-henti berdoa tidak di posisikan sebagai unit pengisian... tapi setiap kali itulah yang tak nak itu yang diberi... Ya Allah, Engkau sentiasa mentarbiyyah jiwaku... cume untuk kali ini , aku berpeluang bekerjasama dengan seseorang yang sgt aku segani , seorang yang jiwanya penuh dengan jiwa tarbiyyah.. secara tak langsung terasa roh tarbiyyah itu menyerap juga dalam jiwaku... Ya Allah , begitulah orang yang hatinya dekat dengan Allah, kita akan gembira bekerja dan bermuamalat dengannya... seorang yang hebat , tetapi terzahir kezuhudan dan kerendahan hati menyebabkan kita tak rasa 'down' bekerja bersamanya... kerana sejujurnya jiwaku susah untuk benar-benar senang bekerja bersama muslimin dek kerana lelaki tidak pernah terlepas dari sifat ego, namun kali ini berbeza... aku gembira dengan taklifan ini , alhamdulillah... menyebabkan aku rasa bersemangat kerana beliau sangat meraikan pendapat kami... Alhamdulillah... aku selalu merasa berat untuk menerima taklifan sedemikian dek kerana banyak kekuranganku menyebabkan kadangkala aku tidak kuat untuk mentarbiyyah orang lain... Alhamdulillah untuk kali ini... aku terlalu bersyukur kepadaMu ya Allah...aku gembira dengan program ini dan menambahkan rasa hormatku padanya... namun perasaan sangat menghormatinya tidaklah sampai menggugat hormatku pada 'seseorang' yang perlu aku taat satu ketika nanti..

Ditarbiyyah dan mentarbiyyah memang satu agenda yang tidak boleh dihentikan... malahan pentarbiyyahan ini perlu berterusan untuk mencetak generasi-generasi tarbiyyah pada masa akan datang..persediaan kepada para pelapis ini amat penting untuk mendepani isu-isu berat dan masalah-masalah ummah yang semakin rumit... Betapa medan tarbiyyah ini perlu sentiasa dikaji dan diupgrade dari sudut contentnya memandangkan generasi semakin berubah bersama peredaran zaman....

Nasihat sahabat ini suatu ketika..
'Kita perlu hidup pada zaman kita ,
pada masa kita, jika tidak kita akan rugi'...

Aku paling tertarik pada pengisian yang membincangkan Negarawan Tarbiyyah... Apakah itu negarawan tarbiyyah? Bagaimana untuk melahirkan negarawan tarbiyyah? Siapakah tokoh hari ini yang mempunyai tokoh negarawan tarbiyyah?

Negarawan ini didefinisikan sebagai seorang yang sangat pakar dan bijaksana dalam hal ehwal politik dan siasah , mindanya mampu untuk berfikir menguruskan sebuah negara, dengan kata lain , pemimpin sebuah negara.... dan negarawan tarbiyyah adalah pemimpin negara yang telah melalui siri-siri tarbiyyah... dan salah seorang peserta memudahkan lagi untuk memahami konsep negarawan ini dengan mencontohkan Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan..itu tidak dinafikan... namun dalam konteks perbincangan negarawan tarbiyyah ini , melahirkan pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir , cumenye versi Tun Dr. Mahathir yang telah ditarbiyyah...

Namun memang benar , untuk melahirkan negarawan tarbiyyah bukan boleh di keluarkan daripada akademi-akademi kepimpinan kononnya ingin melahirkan ciri-ciri seperti seseorang pemimpin, tanpa seseorang itu melalui sendiri pengalaman di alam realiti , konsep pembelajaran berdasarkan pengalaman, telah berpengalaman dalam beberapa siri tarbiyyah sehingga akhirnya berjaya membentuk dengan sendiri sifat negarawan tarbiyyah...

Apabila dibincangkan... tiada siapa tokoh hari ini yang boleh kita gelar sebagai negarawan tabriyyah.... Cuma  apabila menyoroti tokoh-tokoh pimpinan kita , maka selayaknya kita akan menggelar Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Negarawan Tarbiyyah. Namun , pada pandangan masyarakat luar , boleh jadi tidak bersetuju atas dasar beliau belum lagi memegang tampuk pimpinan NEGARA....

Kesimpulannya peranan kitalah , yang sedang ditarbiyyah untuk melakukan perubahan dan menukar negarawan hari ini menjadi Negarawan Tarbiyyah =)

Wallahu'alam.
Barakallahufikum ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...