Wednesday, August 14, 2013

Qunut Nazilah buat pejuang-pejuang Islam!


Kita di Malaysia bergembira , riang ketawa...saudara Islam kita sedang menderita dan terseksa... Ya Allah , berilah kekuatan kepada mereka yang berjuang di Mesir , Syria , Palestin dan seluruh pelosok dunia di mana Islam ditindas... Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar!




Oh Adik-adikku!





Sememangnya pendidikan awal itu bermula sejak dari kecil.. mendidik anak-anak bermula dari dalam perut ibu lagi...itulah pesanan yang sering kudengar , dan situasi ini aku perhati saat mak dan ayah mendidik kami.. Cuti yang panjang ini , dipenuhi dengan melayan kerenah adik-adik... macam-macam perangai...dan semestinya mencuit hati... yang dah besar lain perangainya, yang masih kecil macam-macam ragam... Sabar sangat diperlukan..^_^..

Gambar ini hasil lukisan adik bongsuku... sedang beraya rumah saudara mara dan  sahabat handai , sempat pulak nak membelek buku conteng adikku ini.... terjumpalah lukisan tak seberapa cantik nie... tapi bukan cantik tak cantik yang inginku 'highlight', tapi mesej lukisan tersebut... apalagi gelak dalam hati puas-puas... asalnya aku suruh lukis kereta idaman , cari-cari ruang kosong, terjumpa plak 'kereta idaman hakiki' adikku ini...  entah bila masa dia lukis, yang pasti inilah hasilnya... paling tak boleh tahan bendera tu..kih..kih.. nampak dah fikrah adik kecik nie... inilah yang kumaksudkan mendidik dari kecil, aku mungkin dah besar baru tau semua nie, alhamdulillah sempat tengok macam mana bentuk fikrah dari kecil.. hmm... semoga menjadi pejuang Islam sejati..amiiin...^_____^.



Afiq pula, pemburu cicak sejati... boleh bagi gelaran pemburu plak kat dia.. bukan setakat cicak , macam-macam jenis serangga dia berani pegang dengan tangan, selagi mana tak merbahayalah....Inilah hasil buruan afiq, menangkap dengan menggunakan tangan je...

Dalam masa lebih kurang satu jam , 5 ekor cicak berjaya diberkas..haish..banyak betul... riuh rumahku hari ini bila afiq menyakat kak ngahnya yang penggeli cicak tu... bergema suara jeritan satu rumah... @_@.... no komen, nasib baik rumah kampung, jauh dari orang sebelah...bolehlah suka hati nak menjerit... entri kali nie no point pun , just update suka-suka... riang bersama adik-adik... semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya buat membesarkan adik-adik yang baru setahun jagung ini... Amin ya rabbal alamiin..=)

Friday, August 2, 2013

Bahagiakah?

Selalu orang membicarakan tentang makna bahagia... berbagai pendapat telah dilontarkan mengikut intrepretasi individu, kepelbagaian dalam berfikir dan pengalaman, antaranya :

A. Bahagia? Makna bahagia pada saya ialah apabila saya mendapat setiap apa yang saya nak.
B. Bahagia bila semua orang senang dengan saya.
C. Pada saya bahagia nie hanya bermakna bila saya jadi orang kaya.. baru bahagia!
D. Bahagia nie... kalau ramai perempuan sekeliling sayalah.... (lelaki miang)
E. Bahagia ni subjektif.. pada saya, saya bahagia bila saya dapat memuaskan hati semua orang yang saya kenal..
F. Saya bahagia andai sentiasa dalam kesihatan yang baik..
G. Hidup bukan untuk bahagia....

dan bermacam-macam lagilah yang biasa kita dengar... Tetapi benarkah bahagia? Terimbau pada perbualanku bersama seorang sahabat di kampus. Walau berlainan fikrah, tetapi mendapat perkongsian darinya adalah sesuatu yang menggembirakan... persoalan apa makna bahagia... Padaku, bahagia itu hanya pada satu tempat... Bahagia hanya pada saat hati itu merasa dekat dengan penciptanya. Saat hati dekat dengan Tuhannya. Kenapa?

Pertama , hati yang dekat dengan Tuhan, iaitu Allah, hati akan sentiasa berasa tenang. Biarpun seribu ujian datang melanda, tetapi ketenangan tetap dihati. Biar diuji dengan sakit , kesedihan dan berbagai ujian lain, dengan hati yang tenang, kita bisa memikul bebanan itu. Bertepatanlah kalam Allah ,

..

Kedua , hati yang dekat pada Allah ,akan kuat menghadapi segala cabaran. Tidak menghiraukan apa orang kata dan apa yang bakal dihadapi , hidup perlu diteruskan. Dan,
Ketiga , hati yang dekat pada Allah memudahkannya untuk ikhlas dalam setiap amal perbuatannya. Hati yang ikhlas akan sentiasa berasa lapang dalam setiap tindakan dan yakin untuk melakukan amalan perbuatan yang baik seterusnya melahirkan istiqamah.

Makanya, disaat itu , siapakah yang lebih bahagia daripada insan-insan yang dekat pada Tuhannya ini? Padaku, inilah bahagia yang hakiki, bahagia yang syumul..

Untuk beroleh BAHAGIA....
Bawalah hatimu kepada Tuhan , kerana
Mencari Kemanisan dalam kehidupan ,
Mehnah mendatang terasa beban , namun ,
Dengan membawa hatimu kepada Tuhan ,
Pasti di sana Menanti Syurga Idaman...=)

Inspired by :
 Amaluddin Mohd Napiah
Penulis Buku , 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan'.

Sekian, Wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...