Wednesday, February 20, 2013

Kenangan Terindah =)

Albert Camus ada mengatakan...
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."

My siblings ^_^



     Alhamdulillah malam tadi kami mengiringi senior kami dari jurusan Fiqh dan Fatwa untuk menjalani Latihan Industri @ Praktikal di luar negara.. Kak Shushu akan ke Mesir selama 4 bulan... satu peluang yang sangat emas..^_^...  ada yang telah terbang ke Jordan dan Indonesia juga... banyak hikmah yang kami dapat sepanjang malam tadi..dari pukul 7.45 mlm hingga 9.30 mlm 'melepak' di sana... 

Bersalaman , bergambar bersama kak Shushu..anak kelahiran Kedah ini banyak yang mencuit hati..lebih-lebih lagi beliau yang seorang periang... kakak yang sangat 'caring'... Senyuman tak lekang di bibir..maklumlah, bakal mengutip mutiara-mutiara hikmah di sana... tak dapat belajar sana, dapat buat praktikal di sana pun cukup dah...  terfikir jugak nak buat LI or praktikal kat luar, tapi tak semudah itu.. lebih-lebih lagi jurusanku ini, silap-silap kene hantar ke Europe , Jerman n etc... tapi result pun kene gempak betul-betullah kalau nak buat LI luar nie....




Bersama Tuan Guru di KLIA


Ada satu pengalaman yang lebih manis dan peluang yang bukan mudah untuk didapati... lebih-lebih lagi kami yang muslimat ini, iaitu bertemu Tuan Guru Haji Hadi di airport....apalagi kakak-kakak nie pun minta izin untuk ambil gambar bersama... Tuan Guru hanya senyum, tak kata apa-apa terus berdiri bersedia untuk bergambar... aku tiada dalam gambar nie sebab jadi tukang ambil gambar.. takde orang lain pulak kat situ nak tolong ambilkan..T_T... berkorban demi kebahagiaan orang lain... selepas ambil gambar Tuan Guru terus beredar...
Hikmahnya pada kami untuk lebih semangat dan ikhlas dalam berjuang apabila melihat pemimpin sendiri tiada masa rehat untuk Islam...apatah kami yang masih muda dan sedikit pengalaman di medan ini. Ya Allah, Rahmatilah , Redhailah, Permudahkanlah, Leraikanlah segala kekusutan kami dalam perjuangan Islam ini... semoga kami thabat... Allahumma Amiin.


Sukarelawan ke Palestin



Dan satu lagi pengalaman yang menarik ialah bertemu dengan seorang sukarelawan ke Palestin...selepas solat maghrib, sedang duduk2, tetiba seorang wanita minta izin duduk di sebelah... seorang yang sempoi dengan pakaian tetapi mempunyai prihatin yang tinggi terhadap Umat Islam yang lain... sedikit perbualan berlaku dan beliau mengatakan akan ke Palestin lebih kurang 10 hari...Kami teruja...kakak serumahku meminta aku mengambil gambar beliau dan wanita tersebut...sebagai sumber inspirasi=) sangat menarik... beliau mengatakan bukanlah agensi mereka akan ke Gaza, cuma sekitar Palestin untuk memberi sumbangan makanan, pakaian dan apa sahaja yang boleh disumbang... SubhanaAllah... Semoga kami juga berpeluang seperti itu suatu hari nanti....Allahumma Amiin...


Lebih kurang jam 9.30 kami bertolak pulang setelah kak Shushu masuk ke dalam dan dikuarantin. Kak Syu bawak kami makan malam di sebuah restoran tomyam yang sedap, pantas dan murah...^_^ gembiranya.. Alhamdulillah... serius tak makan nasi lagi satu hari nie... Dua tiga hari mula kuliah nie, dengan fakulti yang jauh dan  tak mampu nak jalan kaki macam dulu... menyebabkan aku kadang-kadang tak sempat nak makan or masak di rumah... begitu juga dengan yang lain...sudahnya, sehari sekali je makan...T_T... perut yang lapar menajamkan akal... Rasulullah sendiri selalu berlapar kan..=) 

Overall...alhamdulillah kami bersyukur dengan pengalaman hari ini.... Banyak hikmah Allah beri apabila kita keluar bukan untuk bermaksiat, tetapi untuk ukhuwah dan kerana Allah... Hidup mesti berpandukan Al-Quran dan Sunnah...apa sahaja yang kita buat, jangan sesekali mengenepikan hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Quran.... Makin kita dekat dengan Al-Quran , membuatkan kita kuat dan dekat dengan Allah...makanya Allah tidak akan mensia-siakan kehidupan hamba-hambanya.... Terima kasih Ya Allah.

Tuesday, February 19, 2013

SEMESTER 6 , TAHUN 3 =)

Alhamdulillah...sesi kuliah bermula kembali... Semakin mencabar dan tercabar... result semester 5 ... Alhamdulillah ada peningkatan..tapi masih perlu diperbaiki lagi... InsyaAllah.. usaha keras perlu untuk semester ini dan seterus-seterusnya...

Semester ini memberi suasana baru padaku... Kami sudah mula berpecah mengikut specialisation masing-masing... InsyaAllah aku memilih untuk specialise in Microelectronic... yang menggembirakan..kelasku hanya 9 orang dan paling penting...SEMUAnya perempuan.. lecturer terkejut... selalunya lelaki yang akan conquer, tapi sem nie..perempuan... tapi aku rasa  bebas... alhamdulillah...=p 

Hari nie Madam Farra masuk dan seperti biasa..hari-hari pertama nie lebih pada sembang-sembang... Madam tanya ape future planning kami memandangkan kami dah pun tahun 3 , sem 2.... Sem depan tahun 4, siri membuat tesis bermula dan awal tahun depan, Practical dalam Industry... berdebar bila fikir pasal praktikal... Sebab dunia praktikal kita akan start minggle around dengan dunia kerjaya.... especially my line... gulp..mencabar plak bila dengar sharing daripada Madam Farra.... Aku memilih untuk membuat banyak planning untuk masa depan memandangkan kita tak tahu apa yang menanti di hadapan... Apa yang aku tahu... langkahku adalah menurut pada peluang yang terbentang di hadapanku nanti...

Aim aku untuk setakat nie... Peringkat permulaan InsyaAllah aku ingin menceburkan diri dalam industri dulu..andai ade peluang untuk sambung belajar dalam bidang Physics or Engineering.... insyaAllah aku akan ambil peluang... aim tertinggi aku , Lecturer tapi based on experience lecturer2 ku.. it takes about 10 years to be a lecturer..... tapi apepun... perancanganku ini adalah dalam pemerhatian Tuhanku... dan aku yakin , apa jua yang Allah beri jalan padaku untuk masa depan adalah yang terbaik..memandangkan aku mempunyai satu lagi tanggungjawab yang besar iaitu pada agama... yang penting Istiqamah dan thabat dan aku tidak boleh menyamakan diriku dengan orang lain... apabila aku mendengar experience madam... kami mempunyai jalan yang berbeza... cara hidup juga berbeza... kalau nak follow macam tu.. banyak benda yang perlu diketepikan....

By the way, yang buatkan kami rasa lain sem nie adalah kerana akhirnya Fakulti Sains dan Teknologi mendapat bangunannya sendiri... tak perlu menumpang fakulti lain seperti sebelum-sebelum nie... cume lokaliti fakulti ini terlalu jauh menyebabkan kami benar-benar terasing dari fskulti lain..hmm...
 



Ini sahaja coretanku kali ini...Semoga segalanya berjalan lancar.. InsyaAllah kheir=)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...