Friday, December 13, 2013

Bersihkan hati, tuluskan jiwa

Salah satu kelemahan kita adalah
kita suka sangat lihat kekurangan
orang lain sedangkan diri sendiri
masih banyak kekurangan.

Nauzubillah.

Sama-sama kita muhasabah diri.
Manusia tak pernah sempurna.

Tapi jangan jadikan itu sebagai
alasan untuk terus melakukan
kesilapan.


Di saat tubuh terasa menggeletar
Di saat hati dan fikiran dilingkari onar
Dan jiwa rasa diuji dengan degup2 getar dan debar..

Di saat mata mula menyatukan awan2 kesedihan
Di saat ia kian memberat dan bakal merembeskan hujan
Bertabahlah duhai hati..
Biar hujan itu mengalir dan membanjir
Biar segala kekotoran itu dicuci
Biarkan ia pergi..

Ujian seperit inilah yang engkau perlukan
Tanda kasihmu kepada Tuhan
Syahdan
Teruskan bertahan.

Tuhanmu itu sedang memerhati
Dia sedang mengadili
Pastikan engkau lulus ujian ini
Biar terpaksa jatuh dan bangkit berkali2..

Allahu Akbar.

Syurga itu terlalu mahal harganya..

Aku memohon keampunan, atas kekhilafan yang telah aku lakukan...
Permudahkan urusanku dan urusannya... Hanya Allah tempat kami bergantung... 
Amiin ya rabbal A'lamiin=) 

Sunday, December 8, 2013

Doa Istikharah.. amalkanlah.





“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu."

Ya Allah... tenangkan hatiku, jauhilah aku dari berprasangka buruk... jauhilah aku dari perasaan yang tidak baik. Amiin ya Rabbal A'laminn..T_T

Zainab Al-Ghazali

 
Zainab Al-Ghazali: Srikandi Islam Mesir 
 Penulis: Shafie Abd. Rahman 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM23.00 
 
 
"Sekarang bilik penjara 24 itu tidak gelap lagi. Barulah Zainab al-Ghazali nampak semua yang ada di dalam bilik itu. Dia mengucap dan beristighfar panjang. Rupa-rupanya tujuan Zainab dimasukkan ke dalam bilik itu adalah untuk menyeksanya. Di dalam bilik kurungan itu terdapat beberapa ekor anjing garang yang dikurung sekali bersama-samanya. Jelas sekali anjing-anjing itu sengaja dibiarkan untuk menggigit Zainab." 
Itulah natijah yang terpaksa Zainab hadapi demi perjuangannya. Namun itu sedikit pun tidak menumbuhkan rasa kesal dalam jiwanya. Keberanian, kecekalan dan ketabahan serta semangat juang Nusaibah binti Kaab menjadi inspirasinya ketika menghadapi cubaan dalam kehidupan dan perjuangannya bagi mendaulatkan kembali syariat Islam di bumi Mesir. Sahabiah yang tidak pernah pudar semangat juang untuk berjihad di jalan Allah itu menjadi idola perjuangannya.
 
P/S : tolong promote buku ini... kisah yang begitu banyak hikmah dan pengajaran terutama Muslimah yang tegar memperjuangkan agama..

Sekiranya....


Ya Allah , jika dia benar jodohku... kukuhkanlah , tetapkanlah dan kuatkanlah hati kami...
Tetapi jika dia bukan jodohku... aku berharap.. pisahkanlah kami dalam keadaan yang damai , tenteramkan hati kami dan jauhilah kami dari persengketaan dan permusuhan. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Pengampun.. Amin ya rabbal A'lamin.

Wednesday, November 27, 2013

Ustaz Yahya Othman dalam kenangan=)

Cerdik dan rajin..

Enta janji berapa orang nak datang usrah dengan ana dan yang datangnya berapa orang?, sekali lagi kami anak-anak tarbiah diajukan soalan yang menerbitkan siri-siri buah tarbiah yang cukup menikam kalbu. Kami menjawab dengan nada perlahan seperti suara terlekat di halkum, ?7 orang yang mari yang sepatutnya datang 12 orang? Mereka tahu ke malam ni ada usrah, mereka ada maklum tak datang?, soalan Ustaz terus mengasak kami. Ya akhie, lain kali kalau nak datang usrah dengan ana, bawa yang cerdik dan rajin, yang kurang cerdik dan malas tak payah ajak dan bawa ke rumah ana!!!?, dengan suara meninggi dan mimik muka yang menggerunkan kami. Suasana diam seketika, semua yang hadir tunduk menginsafi kesalahan dengan beberapa perkara yang dijanjikan sebelum usrah dijalankan.
Dengan nada lembut tapi serius, Ustaz menjelaskan bahawa agama hanya dapat ditopang oleh orang yang cerdik dan rajin sahaja. Nabi-nabi semua cerdik kerana sifat nabi ialah fathonah yakni bijaksana. Beliau menerangkan ada perbezaan antara cerdik dan pandai. Pandai tidak semestinya cerdik. Ada orang yang kurang pandai dalam pelajaran, tetapi dia cerdik. Bagi Ustaz Yahya, cerdik ialah orang yang ada akal dan mampu menggunakannya. Orang yang cerdik mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan. Ditambah dengan rajin pula, agama akan dapat dijulang jika dibawa oleh pemuda yang rajin dan cerdik. Jika malas, seseorang itu tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka sendiri, apa lagi tanggungjawab agama.
Kenapa kita perlu orang cerdik? Usrah ni bukan nak mengajar ilmu dan baca kitab semata-mata, kita baca untuk kita laksanakan. Kalau kita tidak mampu untuk berfikir, macam mana kita nak baca kitab-kitab besar dan mengaplikasi dalam kehidupan?
?Ingat, ana nak yang cerdik dan rajin sahaja dan enta semua kena cerdik dan rajin, baru boleh usrah dengan ana!!!?, Ustaz Yahya mengakhiri taujihat yang penuh bermakna supaya kami jadi manusia cerdik..
?????????


Tuesday, November 12, 2013

Falsafah Ta'alim

Falsafah Taalim (belajar)

Isi ini aku ambil daripada salah sebuah blog yang aku follow... Falsafah belajar... apa yang perlu ada untuk menuntut ilmu.. Adalah seperti di bawah...=) belajar ni ada falsafahnya yang tersendiri, kalau sempurna falsafah ni barulah sempurna seseorang tu belajar.

1. BACA
sebagai seorang pelajar tak dapat tidak kita perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu kita. tidak cukup hanya dengan membaca, kita juga perlu..


2. FAHAM
memahami secara mendalam apa yang kita baca, banyak saja orang yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak memahaminya.


3- HAFAL
memang adat nak jadi orang yang berilmu kita kena menghafal untuk memudahkan kita mengunakkannya apabila diperlukan, kata ustaz, apa beza pelajar universiti dengan orang kampung, mereka juga membaca dan menghafal, kadang-kadang ayat-ayat lazim dan doa-doa yang diajarkan lebih mereka dari kita menghafalnya, jadi perlu ada satu lagi syarat dalam menuntut ilmu ni iaitu..


4- HAYATI
iaitu dengan kita beramal dengan segala ilmu yang kita miliki, amal itu lahir dari penghayatan, jadi tidak ada gunanya ilmu tanpa amal.

via  >  http://basri-ibrahim.blogspot.com/2010/09/pesan-murabbi-2.html

Monday, November 4, 2013

Hanya pada Allah

Ya Allah , aku memohon kekuatan dan ketetapan hati...
Aku memilih untuk setia pada perjanjianku...
Biarpun untuk kesekian kali aku terpaksa mengecewakan...
Aku yakin pada ketentuan Allah...
Hampir keseluruhan doaku...
mohon petunjuk dari Allah...
apabila perasaan lemah untuk meneruskan datang menduga...
setiap kali itulah aku bagaikan merasai...
Allah memberi kekuatan..mencurah-curah kekuatan itu datang..
memberi keyakinan kepadaku untuk terus setia...
Setia menunggu tanpa banyak soal..
Setia untuk terus bersabar...
Setia untuk terus memanjatkan doa pada Allah...
Semakin lama aku menanti...
Mengajarku untuk semakin kuat bergantung pada Allah...
Mengajarku untuk lebih sibuk dengan kerja-kerja Islam..
Biarpun kadangkala jiwaku meruntun untuk menyelesaikan dengan segera...
Namun aku perlu yakin pada ketentuan Allah untukku...
Oleh itu , aku redha dan bersedia dengan setiap apa yang Allah tentukan untukku...
Segalanya kerana Allah...
DIA lah yang menciptaku dan mengatur urusanku...
Sudah tentu Tuhan yang Maha Sempurna ini akan mengatur urusanku dengan indah sekali...

Aku meminta maaf pada yang berkenaan...
Sifatku tidak suka mengecewakan...
tetapi untuk perkara yang sudah ada ketetapannya...
Aku tegar untuk mengecewakan...
Kerana aku berhak memilih dan menentukan...
berlandaskan keizinan Allah atas pemilihanku...
Ya Allah... hanya Engkau di hatiku...
Kerana aku yakin cintaku kepadaMu...
membawaku kepada yang Engkau redhai dan berkati...
Aku tidak mahu mendapat kemurkaanMu ya Allah...
Ampunkanlah atas setiap kekhilafanku sebagai hamba yang tidak sempurna..
Hanya padaMu aku memohon kekuatan dan ketabahan..=)



Alhamdulillah ^_^



Alhamdulillah... 1 Nov hingga 4 Nov , selesai berprogram bersama-sama sahabat... untuk kesekian kalinya aku ditaklifkan sebagai pengisian... setiap kali mendapat taklifan untuk handle program... hatiku x henti-henti berdoa tidak di posisikan sebagai unit pengisian... tapi setiap kali itulah yang tak nak itu yang diberi... Ya Allah, Engkau sentiasa mentarbiyyah jiwaku... cume untuk kali ini , aku berpeluang bekerjasama dengan seseorang yang sgt aku segani , seorang yang jiwanya penuh dengan jiwa tarbiyyah.. secara tak langsung terasa roh tarbiyyah itu menyerap juga dalam jiwaku... Ya Allah , begitulah orang yang hatinya dekat dengan Allah, kita akan gembira bekerja dan bermuamalat dengannya... seorang yang hebat , tetapi terzahir kezuhudan dan kerendahan hati menyebabkan kita tak rasa 'down' bekerja bersamanya... kerana sejujurnya jiwaku susah untuk benar-benar senang bekerja bersama muslimin dek kerana lelaki tidak pernah terlepas dari sifat ego, namun kali ini berbeza... aku gembira dengan taklifan ini , alhamdulillah... menyebabkan aku rasa bersemangat kerana beliau sangat meraikan pendapat kami... Alhamdulillah... aku selalu merasa berat untuk menerima taklifan sedemikian dek kerana banyak kekuranganku menyebabkan kadangkala aku tidak kuat untuk mentarbiyyah orang lain... Alhamdulillah untuk kali ini... aku terlalu bersyukur kepadaMu ya Allah...aku gembira dengan program ini dan menambahkan rasa hormatku padanya... namun perasaan sangat menghormatinya tidaklah sampai menggugat hormatku pada 'seseorang' yang perlu aku taat satu ketika nanti..

Ditarbiyyah dan mentarbiyyah memang satu agenda yang tidak boleh dihentikan... malahan pentarbiyyahan ini perlu berterusan untuk mencetak generasi-generasi tarbiyyah pada masa akan datang..persediaan kepada para pelapis ini amat penting untuk mendepani isu-isu berat dan masalah-masalah ummah yang semakin rumit... Betapa medan tarbiyyah ini perlu sentiasa dikaji dan diupgrade dari sudut contentnya memandangkan generasi semakin berubah bersama peredaran zaman....

Nasihat sahabat ini suatu ketika..
'Kita perlu hidup pada zaman kita ,
pada masa kita, jika tidak kita akan rugi'...

Aku paling tertarik pada pengisian yang membincangkan Negarawan Tarbiyyah... Apakah itu negarawan tarbiyyah? Bagaimana untuk melahirkan negarawan tarbiyyah? Siapakah tokoh hari ini yang mempunyai tokoh negarawan tarbiyyah?

Negarawan ini didefinisikan sebagai seorang yang sangat pakar dan bijaksana dalam hal ehwal politik dan siasah , mindanya mampu untuk berfikir menguruskan sebuah negara, dengan kata lain , pemimpin sebuah negara.... dan negarawan tarbiyyah adalah pemimpin negara yang telah melalui siri-siri tarbiyyah... dan salah seorang peserta memudahkan lagi untuk memahami konsep negarawan ini dengan mencontohkan Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan..itu tidak dinafikan... namun dalam konteks perbincangan negarawan tarbiyyah ini , melahirkan pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir , cumenye versi Tun Dr. Mahathir yang telah ditarbiyyah...

Namun memang benar , untuk melahirkan negarawan tarbiyyah bukan boleh di keluarkan daripada akademi-akademi kepimpinan kononnya ingin melahirkan ciri-ciri seperti seseorang pemimpin, tanpa seseorang itu melalui sendiri pengalaman di alam realiti , konsep pembelajaran berdasarkan pengalaman, telah berpengalaman dalam beberapa siri tarbiyyah sehingga akhirnya berjaya membentuk dengan sendiri sifat negarawan tarbiyyah...

Apabila dibincangkan... tiada siapa tokoh hari ini yang boleh kita gelar sebagai negarawan tabriyyah.... Cuma  apabila menyoroti tokoh-tokoh pimpinan kita , maka selayaknya kita akan menggelar Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Negarawan Tarbiyyah. Namun , pada pandangan masyarakat luar , boleh jadi tidak bersetuju atas dasar beliau belum lagi memegang tampuk pimpinan NEGARA....

Kesimpulannya peranan kitalah , yang sedang ditarbiyyah untuk melakukan perubahan dan menukar negarawan hari ini menjadi Negarawan Tarbiyyah =)

Wallahu'alam.
Barakallahufikum ^_^

Thursday, October 24, 2013

Dr Asri : Nampak kuat agama tapi masuk neraka


Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

UNTUK membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik.

Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh.

Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pendusta Agama

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.

Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran. Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).

Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id: “Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal.

Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas Rasulullah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan). Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama.

Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

KhawarijDalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij. Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut: “..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina 'Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka: “Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

Sunday, September 1, 2013

Hati Telah Lapang=)

Bismillahhirrahmannirrahim...
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam...
Bersyukur atas nikmat diberi...
Manifestasi cinta Allah pada hambaNya...
Tak perlu kita ragui cinta ini...
Cinta Hakiki yang tiada berkesudahan...
Tuhan yang Maha Pemurah , Maha Penyayang lagi Maha Pelindung...

Alhamdulillah...
Berpagi-pagian aku di dalam komuter , menuju ke rumah... setelah selesai meeting bersama sahabat sekampus malam tadi.... aku semakin bersyukur, Allah memberi kelapangan hati kepadaku , alhamdulillah aku mendapat ketenangan , barangkali bertemu sahabat-sahabat semalam, banyak mutiara berharga ku peroleh... yang penting , amanah , tanggungjawab dan kerja-kerja islam menanti untuk dilangsaikan... entah kenapa terasa lama pula cutiku kali ini, mungkin suasana di rumah baru ini , tak memerlukan kerja rumah yang banyak seperti di gemas , maklumlah tak sebesar mana pun rumah nie...

Memikirkan perjalanan hidup selepas ini , tinggal beberapa hari lagi untuk memulakan kembali hidup sebagai pelajar kampus , dan meneliti takwim-takwim 'kerja' ku selepas ini.... aku terfikir , benarkah keputusan yang kubuat untuk berulang-alik dari seremban ke nilai adalah keputusan yang terbaik...? Ya Allah , hampir setiap minggu aku akan terlibat dengan program..bermula 6 september ini...

Aku yakin pada bantuan dan kekuatan yang Allah beri...menuju penghujung-penghujung alam kampus ini , menuntut begitu banyak pengorbanan , masa , tenaga dan wang ringgit...namun belum tentu semuanya diterima Allah , andai tiada kesungguhan dan keikhlasan dalam melaksanakan amanah... hanyalah satu kerugian pada kita... Ya Allah , jadikanlah aku hamba yang Qawiyyun dan Al-Amin... Sihatkanlah tubuh badanku  Ya Allah, kerana dengan tubuh ini akan aku bergerak melangsaikan gerak-kerja Islam yang tidak pernah berhenti.... InsyaAllah , akan aku mulakan langkah semester 7 ini dengan penuh keyakinan dan kekuatan dariMu Allah... akanku meyakini setiap yang telah Engkau tuliskan buat hambaMu ini Ya Allah...
tiada lain dapat kuucapkan melainkan aku bersyukur dengan setiap nikmat Kau berikan...alhamdulillah untuk segalanya...dan aku redha dengan setiap ketentuanMu ya Allah...

Robbi yassir walaa tu'assir ya kareem..

Wednesday, August 14, 2013

Qunut Nazilah buat pejuang-pejuang Islam!


Kita di Malaysia bergembira , riang ketawa...saudara Islam kita sedang menderita dan terseksa... Ya Allah , berilah kekuatan kepada mereka yang berjuang di Mesir , Syria , Palestin dan seluruh pelosok dunia di mana Islam ditindas... Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar!




Oh Adik-adikku!





Sememangnya pendidikan awal itu bermula sejak dari kecil.. mendidik anak-anak bermula dari dalam perut ibu lagi...itulah pesanan yang sering kudengar , dan situasi ini aku perhati saat mak dan ayah mendidik kami.. Cuti yang panjang ini , dipenuhi dengan melayan kerenah adik-adik... macam-macam perangai...dan semestinya mencuit hati... yang dah besar lain perangainya, yang masih kecil macam-macam ragam... Sabar sangat diperlukan..^_^..

Gambar ini hasil lukisan adik bongsuku... sedang beraya rumah saudara mara dan  sahabat handai , sempat pulak nak membelek buku conteng adikku ini.... terjumpalah lukisan tak seberapa cantik nie... tapi bukan cantik tak cantik yang inginku 'highlight', tapi mesej lukisan tersebut... apalagi gelak dalam hati puas-puas... asalnya aku suruh lukis kereta idaman , cari-cari ruang kosong, terjumpa plak 'kereta idaman hakiki' adikku ini...  entah bila masa dia lukis, yang pasti inilah hasilnya... paling tak boleh tahan bendera tu..kih..kih.. nampak dah fikrah adik kecik nie... inilah yang kumaksudkan mendidik dari kecil, aku mungkin dah besar baru tau semua nie, alhamdulillah sempat tengok macam mana bentuk fikrah dari kecil.. hmm... semoga menjadi pejuang Islam sejati..amiiin...^_____^.



Afiq pula, pemburu cicak sejati... boleh bagi gelaran pemburu plak kat dia.. bukan setakat cicak , macam-macam jenis serangga dia berani pegang dengan tangan, selagi mana tak merbahayalah....Inilah hasil buruan afiq, menangkap dengan menggunakan tangan je...

Dalam masa lebih kurang satu jam , 5 ekor cicak berjaya diberkas..haish..banyak betul... riuh rumahku hari ini bila afiq menyakat kak ngahnya yang penggeli cicak tu... bergema suara jeritan satu rumah... @_@.... no komen, nasib baik rumah kampung, jauh dari orang sebelah...bolehlah suka hati nak menjerit... entri kali nie no point pun , just update suka-suka... riang bersama adik-adik... semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya buat membesarkan adik-adik yang baru setahun jagung ini... Amin ya rabbal alamiin..=)

Friday, August 2, 2013

Bahagiakah?

Selalu orang membicarakan tentang makna bahagia... berbagai pendapat telah dilontarkan mengikut intrepretasi individu, kepelbagaian dalam berfikir dan pengalaman, antaranya :

A. Bahagia? Makna bahagia pada saya ialah apabila saya mendapat setiap apa yang saya nak.
B. Bahagia bila semua orang senang dengan saya.
C. Pada saya bahagia nie hanya bermakna bila saya jadi orang kaya.. baru bahagia!
D. Bahagia nie... kalau ramai perempuan sekeliling sayalah.... (lelaki miang)
E. Bahagia ni subjektif.. pada saya, saya bahagia bila saya dapat memuaskan hati semua orang yang saya kenal..
F. Saya bahagia andai sentiasa dalam kesihatan yang baik..
G. Hidup bukan untuk bahagia....

dan bermacam-macam lagilah yang biasa kita dengar... Tetapi benarkah bahagia? Terimbau pada perbualanku bersama seorang sahabat di kampus. Walau berlainan fikrah, tetapi mendapat perkongsian darinya adalah sesuatu yang menggembirakan... persoalan apa makna bahagia... Padaku, bahagia itu hanya pada satu tempat... Bahagia hanya pada saat hati itu merasa dekat dengan penciptanya. Saat hati dekat dengan Tuhannya. Kenapa?

Pertama , hati yang dekat dengan Tuhan, iaitu Allah, hati akan sentiasa berasa tenang. Biarpun seribu ujian datang melanda, tetapi ketenangan tetap dihati. Biar diuji dengan sakit , kesedihan dan berbagai ujian lain, dengan hati yang tenang, kita bisa memikul bebanan itu. Bertepatanlah kalam Allah ,

..

Kedua , hati yang dekat pada Allah ,akan kuat menghadapi segala cabaran. Tidak menghiraukan apa orang kata dan apa yang bakal dihadapi , hidup perlu diteruskan. Dan,
Ketiga , hati yang dekat pada Allah memudahkannya untuk ikhlas dalam setiap amal perbuatannya. Hati yang ikhlas akan sentiasa berasa lapang dalam setiap tindakan dan yakin untuk melakukan amalan perbuatan yang baik seterusnya melahirkan istiqamah.

Makanya, disaat itu , siapakah yang lebih bahagia daripada insan-insan yang dekat pada Tuhannya ini? Padaku, inilah bahagia yang hakiki, bahagia yang syumul..

Untuk beroleh BAHAGIA....
Bawalah hatimu kepada Tuhan , kerana
Mencari Kemanisan dalam kehidupan ,
Mehnah mendatang terasa beban , namun ,
Dengan membawa hatimu kepada Tuhan ,
Pasti di sana Menanti Syurga Idaman...=)

Inspired by :
 Amaluddin Mohd Napiah
Penulis Buku , 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan'.

Sekian, Wallahualam.



Saturday, June 1, 2013

Petua-petua menjadi pelajar cemerlang menurut Al-Quran



Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran..iaitu :

1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

This semester , full of sweet memories..^_^

Bismillahhirrahmannirahim... Alhamdulillah atas segala nikmat Allah bagi... Maha Agung Tuhan yang mencipta Alam, mentadbir dan mengurus secara teratur serta tanda-tanda kebesaran Allah yang banyak membuatkan kami ini hanyalah hamba yang kerdil tidak berdaya..

Banyak ayat Quran menceritakan tentang kebesaran Allah....


Surah AlAn'aam. Ayat 046.

Katakanlah (wahai Muhammad): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu dan Dia pula mengecap (memeterikan) atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu? Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling ingkar.

        Surah Yusuf. Ayat 105.

  

Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

        Surah AlMu’min. Ayat 081
 Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-RasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari.



 Banyak lagi ayat yang menunjukkan kebesaran dan nikmat Allah.... Sayangnya Allah S.W.T pada hambaNya dengan memberikan pelbagai nikmat.... nikmat berkasih sayang , nikmat ukhuwah dan persahabatan , nikmat kesenangan , nikmat masa yang bermanfaat dan pelbagai lagi... dan nikmat paling besar adalah Nikmat Islam dan Iman yang Allah beri pada hambaNya yang beruntung. Subhanallah....

Dan alhamdulillah... aku bersyukur Allah memberi nikmat tempat yang baik untukku menuntut ilmu , sahabat-sahabat yang baik, pensyarah-pensyarah yang penyayang dan tempat yang selesa untuk belajar... Alhamdulillah.... aku semakin gembira bersama sahabat-sahabat sekelasku.... Semakin mendekati perpisahan, semakin erat kasih sayang dan ukhuwah yang terbina... Alhamdulillah aku mendapat sahabat-sahabat yang memberi kerjasama yang baik atas usaha kami, unit kerohanian untuk memastikan pengisian sahabat-sahabat sentiasa terisi dengan ilmu dan tazkirah peringatan.... 


Alhamdulillah semester ini kami dapat beriftor bersama-sama... dari masjid nilai , beriftor di dataran nilai dan akhirnya di masjid putrajaya...^_^.. sweet memory for us..
1st iftor di Masjid Nilai
Sweet moment in Masjid Nilai ^_^




 Alhamdulillah... sahabat-sahabat muslimin yang sangat baik... only seven of them..one missing..^_^
Secons ifthor at Dataran Nilai... pergh... bertungkus-lumus masing-masing menghabiskan nasi ambang...^___^

terima kasih pada sahabat yang meraikan hari lahir kami...=)
sesi tazkirah bermula...=) Masjid Putrajaya
Full of sweet moment ^___^










 semoga kami sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah... Ya Allah , peliharalah aku dan sahabat-sahabatku ini untuk menempuh kehidupan masa hadapan.. semoga kami istiqamah dalam Islam dan Iman..... Inni uhibbuhum fillah....







 Welcome to 22 years old...semakin meningkat umur, semakin mendekati kematian.. Ya Allah kuatkan kami di atas jalan yang lurus... tingkatkan iman kepada kami , matangkanlah fikiran kami dan berkatilah umur kami...



































kini masa untuk kami menghadapi peperiksaan... exam come and goes , but knowledge remain... I love this sentence so much...  full of meaning, that we have to study to gain the knowledge and not just to pass in the examination... Ya Allah... permudahkan kami untuk menghadapi peperiksaan dunia ini... tingkatkan prestasi kami... bukakanlah minda kami supaya kami mempelajari sesuatu yang bermanfaat untuk agama.... berilah kami petunjukMu agar kami tahu dari sudut mana dapat kami sumbang untuk agama ini dalam bidang ini ya Allah... Allahumma ameen.. bittaufiq wa najah buat semua...^_^

















Thursday, April 18, 2013

Surat Terbuka Kepada 'Khadam Politik'

Daripada

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


1. Di zaman Rasulullah SAW berdakwah dan berjihad, Islam bukan sahaja menghadapi musuh di kalangan ahli kitab, tetapi juga dari kalangan mereka yang berilmu berkenaan Islam dan kenabian Muhammad SAW. Mereka ini juga ikut serta menentang Islam secara terbuka, atau bersembunyi di belakang kalangan munafiqin (yang berpura-pura Islam) atau mempengaruhi orang-orang Islam yang lemah imannya.

2. Kumpulan ini sanggup menentang Islam kerana terlalu terpengaruh dengan harta dan pangkat yang mudah dicapai. Mereka ini bersedia melakukan apa sahaja yang terdekat dan cepat tanpa memikirkan akibatnya. Walau pun mereka percaya benarnya Islam dan mulianya Rasulullah SAW dengan sifat yang terpuji dan akhlak yang luhur, tetapi kemenangan Islam dianggap payah dan mungkin mustahil . Apatah lagi mereka memikirkan bahawa akhirat terlalu jauh, lalu memilih jalan yang mudah, dekat dan tidak mencabar.

3. Kalaulah seorang tokoh seperti Rasulullah SAW pun menghadapi jenis manusia yang begitu rupa, maka di zaman umat yang menyambung perjuangannya tentulah lebih banyak lagi, mungkin dengan cara dan sifat yang berlainan.

4. Di zaman penjajah pula digunakan para ulama yang mencari kebendaan dan pangkat untuk menentang jamaah Islam yang menentangnya. Penjajah ini mengambil langkah menghapuskan ulama yang berpolitik, dan membiarkan dan menyokong ulama yang tidak berpolitik. Maka kalangan umat Islam yang jahil dan lemah imannya menjadi keliru, kerana ada ulama yang menyokong penjajah dengan membaca ayat-ayat Al Quran dan Hadith juga. Sehingga ada kalangan tokoh ulama pewaris Rasul menjadi mangsa di bunuh, di buang negeri, di penjara dan sebagainya.

5. Di zaman ini penjajah asing sudah keluar. Negara sudah merdeka, namun umat Islam dan rakyat bukan Islam yang lemah bersamanya masih dibelenggu dengan penjajah tempatan yang meneruskan kemungkaran dan kezaliman yang membelenggu rakyat keseluruhannya.

6. Pada waktu ini pula di bawah pemerintahan Kerajaan BN selama puluhan tahun, taktik kerajaan yang bermasalah ini turut sama menggunakan khadam untuk mempertahankan takhta politiknya. Di antaranya menggunakan kumpulan yang berjenama Islam bagi mempertahankan kebatilan yang masih berkuasa dengan zalim dan fasik, serta memerintah dengan segala tipu dayanya.

PAS bersama Pakatan Rakyat





7. Dalam menghadapi PRU-13 ini, PAS memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan dengan makna yang menyeluruh. Bukannya “Negara Kebajikan” mengikut istilah barat, tetapi “Negara Berkebajikan” bersama pemimpin yang beriman dan budiman dan adil terhadap semua.

8. Konsep ini diterapkan dalam Buku Jingga dan ditafsirkan dalam Manisfesto di peringkat pusat dan kerajaan negeri masing-masing, berasaskan sistem Federalisma yang membahagikan bidang kuasa dan memberikan ruang yang lebih berkesan mengikut realiti negeri dan masyarakat yang berbeza. Konsep ini dapat diterapkan melalui konsep Islam itu Rahmat dan adil terhadap semua. Ini mampu dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat walau pun berbeza ideologi dan agama, tanpa perlu berganjak dari dasar Islam dan tanpa paksaan terhadap pihak yang berbeza.

9. Penyokong PAS mengundi DAP di atas konsep Tahaluf (persefahaman) dan bersama menolak BN kerana kemungkarannya yang besar, parah dan nyata. Atas kesediaan DAP dan PKR menerima konsep bersama menentang kemungkaran yang besar, maka penyokong DAP dan PKR bukan Islam mengundi PAS dan menolak MCA, MIC dan lain-lain parti komponan BN dan bukan sahaja menolak UMNO. Tembok perkauman yang menjadi tiupan UMNO melalui Biro Tata Negara (BTN) milikan Kerajaan ini berjaya dipecahkan !.

10. Sebaliknya penyokong UMNO (Melayu Islam) pula tidak mengundi PAS, tetapi mengundi MCA, Gerakan dan lain-lain di kalangan bukan Islam dalam keadaan slogan Umno hidup melayu dan mempertahankan Islamnya dengan solekan godaan politik wang (rasuah). MAKA KETIKA INI MUNCULLAH KHADAM YANG DIGUNAKAN DENGAN BERBAGAI PENDEKATAN.

Kemunculan Khadam – untuk selamatkan UMNO

11. Ada kalangan media melayu Islam mengambil pendekatan menakutkan orang bukan Islam dengan undang-undang syariat seperti hudud dan lain – lain tanpa penjelasan hikmat, proses kehakiman dan caranya yang adil. Ada juga yang mengambil pendekatan semangat perkauman dan agama untuk memecahkan Pakatan Rakyat dengan sikap sangat bersimpati terhadap PAS, pada hal merekalah tangan yang menzalimi penyokong PAS selama ini.

12. Dalam masa ini, wujud satu lagi golongan yang mendakwa ingin menarik undi Melayu Islam di atas nama Islam, tetapi tujuannya nyata untuk memenangkan BN bukannya memenangkan Islam. Mereka hanyalah sekadar khadam kepada BN Umno atau askar upahan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanya bertanding di sejumlah kecil kerusi sahaja, dan kawasannyanya hanya sekangkang kera yang tidak boleh bertanam dan membina rumah.

13. UMNO yang sangat gelabah dengan perkembangan mutakhir, mereka mula secara tidak langsung sedang menggunakan khadam daripada NGO yang berjenama Islam seperti ISMA dan lain-lain, bertanding di atas nama Islam, dengan tujuan untuk menarik undi Melayu Islam di kawasan bukan Islam. Tindakan pendek politik ini hanya berjaya untuk memenangkan MCA, MIC, Gerakan atau UMNO yang sedang bergelumang dengan kemungkarannya.

14. Sekiranya kita memahami demografi pengundi dan politiknya, dicampurkan dengan faktor jumlah kerusi yang sangat kecil ini, maka mereka ini perlu faham bahawa tindakan bertanding ini tidak akan membolehkan mereka untuk menegakkan negara atau menjadi pembangkang. Tindakan mereka ini hanya berjaya menjadi khadam menyelamat kemungkaran yang sedang berakar umbi. Caranya bertepatan dengan apa yang dinyatakan :

كلمة حق أريد بها باطل

Ucapan yang benar, tetapi dikehendaki tujuannya yang salah.



15. Mereka bertanding bukan bertujuan untuk menang dan mendokong suara Islam dengan berani dan tegas, tetapi untuk memberi kemenangan kepada kebatilan yang telah berlalu lebih daripada lima puluh tahun, bermakna sejak belum mereka dilahirkan ke dunia.

16. Kalau kail hanya sejengkal, jangan memancing di lautan yang dalam. Politik dalam Islam adalah amanah besar, perlu dipelajari dan difahami kalau mahu berpolitik berlandaskan Islam dan matlamatnya. Ketahuilah bahawa politik Islam itu ada hukum dan feqahnya, seperti juga feqah sembahyang, haji dan zakat. Rasulullah SAW mengajar Islam semuanya secara Feqah dan Akhlak (Tasawuf) yang berlandaskan aqidah (Iman) mematuhi perintah Allah. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." Al Baqarah 208



Marilah kita sama-sama bandingkan dengan amanat Tun Mahathir : “Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang kita tidak kenali”.

17. Bolehkah berkawan dengan parti yang politiknya dipisahkan daripada Islam ? Ada juga yang mencari nasihat bomoh yang bersahabat dengan syaitan bagi menentukan tarikh pilihan raya, dan menggoda rakyat dengan wang dan sebagainya untuk menang walaupun banyak salah lakunya. Allah SWT melarang kita mendekati syaitan dan jin ini kerana godaannya sangat menarik.

18. Adapun orang yang bukan Islam pula, terdapat juga di kalangan mereka yang diizinkan oleh Allah untuk kita bekerjasama dengan mereka, di atas sifat dakwah dan kemanusiaan sejagat yang diwajibkan ke atas masyarakat madani dengan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya SAW bagi menegakkan adil terhadap semua.

19. Fahamilah feqah politik Rasulullah SAW sebelum tegaknya negara bersama dengan sahabatnya yang setia dan ikhlas bersama Islam, dan bersama bukan Islam seperti Abu Tholib, Mut’im bin ‘Adi dan lain-lain yang belum Islam dan tidak bermusuh atau tidak keras kerana masih ada sifat–sifat kemanusiaan. Rasulullah SAW mengizinkan Abu Bakar RA menggunakan khidmat seorang bukan Islam ketika berhijrah yang sangat memerlukan ciri keselamatan, seterusnya bertahaluf dengan kalangan bukan Islam ketika menegakkan negara di Madinah.

20. Tahaluf ini juga dilaksanakan oleh kerajaan Islam di zaman Al Khulafa’ Ar Rasyidin dan selepasnya bersama masyarakat majmuk berbagai agama, termasuk agama yang tidak ada di negeri arab, berkongsepkan sabda Rasulullah SAW :



وَالْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
سنن الترمذي - (ج 5 / ص 199



Dan orang-orang Islam itu wajib berada di atas segala syarat yang mereka janjikan, kecuali syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

21. Rasulullah SAW. menyerang Makkah walau pun pemimpinnya daripada kalangan bangsanya dan keluarga terdekat, apabila kabilah Khuza’ah yang bertahaluf denganya telah diceroboh oleh kalangan yang bertahaluf dengan pemimpin Makkah yang zalim.

22. Fahamilah, bahawa kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat adalah tahaluf yang diajar oleh Islam, sangat berbeza dengan kerjasama UMNO (melayu Islam) bersama BN.

23. Syarat-syarat hukum Islam tidak ada dalam parti kebangsaan seperti Umno, walau pun melayunya Islam. Jawatankuasa Biro agamanya tidak berhak membuat dasar dan mengatur strategi, kerana UMNO tertakluk dengan konsep BN yang tidak terikat dengan konsep politik mengatasi agama atau berkonsepkan politik dipisahkan daripada agama.

24. Selepas melakukan penipuan dan rasuah, ianya seolah-olah boleh diselesaikan dengan haji dan umrah subsidi. Sehinggakan kalangan agamawan dalam UMNO hanya sekadar menjadi makmum yang tidak boleh membuat kenyataan mendahului imam walau pun imamnya sudah batal wuduk dan solatnya.

25. Sembahyang tanpa feqahnya menjadikan seorang yang jahil feqahnya mendahului imam ketika berjamaah dan boleh berbual, ketawa bersantai ketika bersembahyang. Puasa tanpa feqahnya hanya sekadar mogok lapar tanpa ibadat. Haji tanpa feqahnya umpama melontar batu besar dan sepatu merejam kawan bukannya merejam syaitan. Maka begitulah juga politik tanpa feqahnya hanya sekadar mejadi khadam kepada musuh Islam atau khadam kepada mereka yang berlarutan zalimnya.

Ya Allah!, lindungilah kami daripada syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Wednesday, April 10, 2013

Pandangan Mereka dari kaum Wanita.


MANIFESTO RAKYAT...Memacu Perubahan..JOM UBAH!



PRU 13 : Harapan Mahasiswa Malaysia


 Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/18186-pru13-harapan-mahasiswa-malaysia

Tepat jam 11.30 pagi, bertarikh  3 April 2013, persoalan yang bermain dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab dengan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dato Sri Najib Razak. Tahniah diucapkan.

Ketika ini, semua parti yang bertanding pastinya menguatkan jentera masing-masing untuk berperang dalam PRU13 ini. Kepada seluruh mahasiswa Malaysia, sekarang merupakan masa yang terbaik untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam PRU13 ini. Sama ada menjadi penyokong bahkan pendokong kepada mana-mana parti politik yang bertanding. Tidak perlu ada kebimbangan lagi kerana PRU13 ialah PRU pertama setelah berlakunya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahasiswa dibenarkan untuk berceramah, berkempen, menjadi pencadang kepada calon yang bertanding bahkan untuk menjadi calon sekalipun.

Sebagai mahasiswa Malaysia yang cintakan negara ini, kami memberi peringatan dan amaran kepada mana-mana parti politik yang bertanding khususnya parti Barisan Nasional yang memegang tampuk pemerintahan Malaysia sebelum pembubaran parlimen agar perjalanan PRU13 kali ini benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi yang adil dan  berteraskan kepada “padang permainan yang sama rata” (a lavelled playing field).

Rakyat Malaysia harus buktikan bahawasanya negara ini tidak lagi terperangkap sebagai sebuah negara membangun terutamanya dalam aspek demokrasi sehinggakan demokrasi di Malasysia masih lagi dianggap kurang matang (quasi-democracy). Hal ini harus diubah bermula dari sekarang. Sebagai mahasiswa,kami akan perhatikan sepanjang proses pilihan raya pada kali ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk membuktikan protes kami atas ketidaksetujuan dan ketidakrelaan kami terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk bermain ‘kotor’ dalam PRU13 di kertas undi nanti!

‘Media’, ‘Money’ dan ‘Machinery’

Perjalanan pilihan raya biasanya dikaitkan kepada 3 M merujuk kepada factor ‘Media’, ‘Money’ dan ‘Machinery’. Ketika ini Malaysia masih lagi mengamalkan demokrasi terhad, maka kecenderungan untuk menyalahgunkan ketiga-tiga faktor ini masih tinggi. Tidak mustahil untuk berulang lagi dalam PRU13 kali ini. Dalam isu media, Malaysia seharusnya meneladani negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun yang memberi peluang yang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding dan dibenarkan untuk membeli ‘airtime’ di mana-mana stesyen televisyen dan radio untuk berkempen. Bahkan kita kalah kepada negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina dalam isu akses media bebas dan adil.

Agensi penguatkuasaan dan institusi awam seperti PDRM, SPRM dan khususnya SPR harus dibebaskan dan berkecuali daripada menyebelahi mana-mana parti politik. Badan-badan ini merupakan milik rakyat. Begitu juga dengan faktor rasuah politik sewajibnya semua parti politik hentikan mengamalnya. Di Malaysia, politik wang dan pilihan raya seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Justeru, kami menuntut agar SPRM benar-benar menggunakan kuasa kebalnya untuk menghalang berlakunya rasuah dalam PRU13 kali ini. Perkara yang lebih memalukan adalah para pemimpin yang terlibat dalam rasuah masih lagi dilihat bebas memegang jawatan penting dalam kerajaan dan parti politik. Ini adalah satu perkara yang cukup memualkan dan mahasiswa akan berkeras untuk menolaknya!

Harus diingat oleh kita semua, jika proses pilihan raya pada kali ini berjalan secara telus dan bersih, yang untung adalah kita semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira parti dan kaum. Hal ini kerana PRU yang bersih dan adil akan melahirkan barisan pimpinan negara yang telus dan berkualiti. Tidak seharusnya kita biarkan perjalanan politik negara kita ditentukan oleh undang-undang rimba dalam ertikata siapa yang kuat dia akan dapat sehingga mengenepikan faktor moral dan etika. Begitu juga tradisi politik yang dicetuskan oleh Machiavelli seperti pendekatan matlamat menghalalkan cara cukup bertentangan dengan nilai agama Islam dan agama-agama lain harus kita banteras sekeras-kerasnya.

Peringatan kepada rakyat dan mahasiswa:


Jadilah pengundi yang matang dan semua daripada kita harus belajar menjadi kritis agar kita benar-benar membuat penilaian yang adil dan tepat untuk memilih calon dan parti yang selayaknya menjadi nakhoda Malaysia tercinta, yang bersedia berkhidmat untuk rakyat bukannya tersalah memilih pemimpin yang palsu dan menggadai maruah negara.

Salam PRU dari mahasiswa untuk semua!

Muhammad Hamidi bin Zamri
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Monday, March 18, 2013

Saya mestilah menguasai diri.


    Saya mestilah dapat menguasai diri, salah satu tajuk yang dibahaskan dalam kitab "Apa erti saya menganut Agama Islam"  memandangkan kita manusia ini fitrahnya selalu lupa makanya penting untuk kita tahu bagaimana cara untuk kita mampu mengawal diri, malahan penting juga untuk kita tahu apa yang boleh menyebabkan jiwa kita tewas.. apa tanda kita tewas dan lemah dalam mengawal diri, sedang blogwalking, terjumpa satu blog yang penulisnya rajin membuat ringkasan... 
(http://abuzulfiqar.tripod.com/id76.html)... dan ringkasannya adalah seperti di bawah..=) 
Selamat membaca dan selamat beramal..=)


 
               
 3 golongan manusia  dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1)       manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan

2)       manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas

3)       manusia yang maksum- para Rasul & nabi


Sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa adalah:

>     Hati

>      Akal


Tanda-tanda jiwa yang tewas :

>      Dia mudah melakukan kejahatan

>      Dia dikuasai penyakit was-was


Kubu pertahanan daripada godaan syaitan

1)       Redha dengan apa yang dapat

2)       Selalu ingatkan mati

3)       Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara

4)       Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan

5)       Ambil tahu apa dia hak-hak orang lain

6)       Qanaah

7)       Ikhlas

8)       Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal

9)       Tawaduk

10)    Tidak mengharapkan manusia


Tambahan:           

1.        menjaga makan dan minum

2.        selalu tilawah, zikir dan istighfar

3.        tenang dalam segala urusan

*Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan..semoga memberi manfaat walau sedikit...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...