Wednesday, January 25, 2012

Encik Iman apa khabar?

Di sebuah pejabat....

Iman : Assalamualaikum..

Diri Sendiri : Waalaikumsalam...Encik Iman, lama tak nampak, kamu cuti ke?

Iman : Eh, tidaklah bos, bukan ke saya dicutikan?

Diri Sendiri : Owh, ye..saya lupa..tulah...akhir-akhir nie saya asyik teringatkan kamu, Iman.Semalam pun masa saya dengar ceramah di TV.

Iman : Owh, betul ke bos? Jadi saya boleh bekerja semula lah ni? Boleh ke saya ambil jawatan saya semula daripada Encik Nafsu.

Diri Sendiri : Eh, tak boleh, saya tak sanggup nak pecat Encik Nafsu.. walaupun terpaksa bayar gaji yang tinggi, tetapi Encik Nafsu berjaya menghiburkan saya.

Iman : Bos memang terhibur, tapi saya tengok syarikat ni makin mundur, kalau terus
begini, bos boleh muflis, sedikit demi sedikit perubahan Encik Nafsu buat, mula-
mula dia bubar Unit Solat Sunat, sekarang saya tengok dia berusaha satu- persatu untuk bubar Unit Solat Fardhu pula... itu baru Jabatan solat...belum lagi jabatan-jabatan yang lain.

Diri Sendiri : Hmm... saya ingat dengan mengambil Encik Nafsu bekerja, akan lebih tenang dan tersusun, tetapi makin tidak terurus... saya betul-betul tidak tahu nak buat apa...

Iman : Bos kena ambil saya bekerja semula... dan prestasi saya serta kita semua tidak akan meningkat tanpa jabatan-jabatan yang bos ada sekarang....lebih-lebih lagi Jabatan Solat...Bos kena lakukan sesuatu...jangan dengar kata Encik Nafsu lagi...

Diri Sendiri : Apa kata kamu bekerja sama dengan Encik Nafsu?

Iman : Maaf bos, secara sunnatullahnya, saya tidak akan pernah bekerja sama dengan Encik Nafsu dalam satu syarikat...dia akan menentang saya habis-habisan..bos sendiri yang sebenarnya berkuasa melawan dan memecat Encik Nafsu...

Diri Sendiri :Tiada penyelesaian lain nampaknya...=(

Iman : Benar, bos... Bos perlu bermujahadah untuk melawan perasaan sayang pada Encik Nafsu dan memecat dia... hakikatnya dia hanya mengkucar-kacirkan syarikat... melainkan bos mampu mendidik dia untuk menjadi baik dan menuruti arahan saya...

Diri Sendiri : Baiklah, saya tidak mampu mengendalikan semuanya seorang diri, saya perlukan kamu Encik Iman... mulai hari ini kamu ambil semula jawatan kamu...saya akan selalu menasihati Encik Nafsu untuk menurut perintah kamu=)

Iman : Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan mujahadah bos akan menaikkan pangkat bos kepada peringkat Muttaqin oleh CEO(Allah SWT) kita.


Hakikatnya, kitalah bos pada diri sendiri..kita yang menentukan untuk memilih mana yang baik dan yang buruk...kitalah yang mengubah diri sendiri kerana Allah hanya akan mengubah sesuatu kaum apabila mereka sendiri yang berusaha untuk berubah... Bermujahadahlah dalam erti kata yang sebenar...bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat supaya taubat yang kita lakukan tidak memerlukan taubat yang kedua... Hayatilah firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'du, ayat 11...=)




Wednesday, January 18, 2012

Akhir Perjalanan Seorang Ibu.

Seorang ibu muda yang baru ingin menjejak kaki ke alam yang baru bertanya, "Adakah perjalanan ini jauh?" Kedengaran suara yang memberi respons terhadap persoalan berkata, " Ya, dan ia satu perjalanan yang berliku, tetapi hujung perjalanan inilah yang paling bermakna buatmu, berbanding permulaannya.."

Ibu muda tersebut memulakan perjalanannya.Kasih sayang terhadap cahaya matanya yang masih kecil tidak berbelah bahagi. Bermain bersama-sama anak-anak, memetik buah-buahan sepanjang perjalanan untuk anaknya, memandikan anaknya apabila mereka melalui air terjun yang jernih dan sebagainya. Ibu muda tersebut berasa sangat bahagia.Dia menangis sambil berkata 'Tiada yang lebih indah dan membahagiakan selain ini.."

Apabila menjelang malam, hujan dan ribut melanda, lorong yang mereka lalui gelap. Anak-anak ketakutan dan berada dalam keadaan sejuk. Si ibu membalut badan anaknya dengan selimut dan memeluk anaknya itu. Si anak memberitahu ibunya, "Ibu, kami tidak takut lagi, kerana ibu ada dengan kami=)"

Menjelang pagi, si ibu bangkit dari lena. Sang mentari memancarkan bahang sinarnya. Tiada lagi ribut seperti semalam. Dihadapan mereka ada sebuah bukit. Mereka mendaki ke puncak. Si ibu dan anak lelah. Si ibu berpesan pada anaknya, "Bersabar sikit ya sayang, nanti kita akan sampai ke puncaknya", Anak-anak tidak berputus asa dan terus mendaki. Apabila tiba di puncak, anak berkata, "Ibu, kami takkan sampai ke sini tanpa ibu".

Siang mengundur diri, kegelapan malam membalut seisi alam. Si ibu berbaring memandang kerlipan bintang sambil berkata, " Hari ini lebih bermakna berbanding semalam dan aku rasa amat bahagia. Anak-anakku telah belajar untuk bersabar apabila ketika berdepan dengan kesusahan. Semalam aku telah didik mereka dengan keberanian dan hari ini aku telah didik mereka dengan kekuatan".

Hari berikutnya awan gelap menyelubungi alam semesta. Itulah awan kejahatan dan kebencian. Anak-anak teraba-raba dalam kegelapan dan terjelupuk jatuh ke tanah. Si ibu berkata, " Anak-anakku, jadilah seorang yang berani, ALLAH akan sentiasa bersama kita"... Anak-anak mula sedar dan kembali tenang. Kata-kata itu menjadikan mereka terpandu dalam kegelapan. Pada waktu malam, si ibu bermonolog sendirian , "Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku. Aku telah tunjukkan mereka jalan yang benar".

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan tahun berganti tahun. Si ibu kini makin tua dan lemah. Anak-anak pula makin membesar dan menjadi insan yang mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Kini tibalah masanya si ibu akan kembali ke dunia yang KEKAL ABADI. Dia berkata , " Aku telah sampai ke penghujung pengembaraanku. Kini aku sedar penghujung perjalanan ini lebih bermakna bagiku berbanding permulaannya. Kini anak-anakku telah kuat. Tidak selemah dahulu semasa mereka masih setahun jagung. Mereka mampu berhadapan dengan dugaan hidup dan terbimbing ke JALAN YANG LURUS. Kini aku boleh pergi dengan tenang kerana doa-doa mereka akan menemaniku"............



Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Saturday, January 7, 2012

Ber'maghrib' di Masjid ^_^

7 Jan 2012=)

Alhamdulillah, sibuk-sibuk study pun sempat lagi akak-akak rumah nie ajak solat di masjid, tukar mood..=) selalu jemaah di rumah, malam nie jemaah di masjid... dan alhamdulillah dapat dengar kuliah maghrib... kenangan di zaman sekolah terimbau kembali=) Ya Allah..rindu..T_T... Coretan hari nie just nak share kuliah maghrib je...=)

Pertama, ustaz sentuh tentang pada hari akhirat nanti, apakah yang akan Allah tanya pada kita...antaranya :

1) UMUR KITA ^_^

Umur kita yang Allah bagi, apakah yang kita telah kita buat dengan umur yang kita ada.... Ustaz bacakan hadisnye tapi x dapat salin, so xdpt catch up hadisnye... yang mana Allah memberi umur standard pada manusia ini 60 tahun, maka dengan umur ini, adakah kita habiskan dengan beramal pada Allah, atau menghabiskan dengan berbuat maksiat... jika sampai umur 60, dia seorg kaki masjid, maka dia akan meninggal sebagai seorang kaki masjid, manakala jika dia sebagai seorang pengunjung disko, maka dia akan meninggal sebagai seorang kaki disko, ayat mudah ustaz supaya para jemaah faham... makanya hendaklah kita pastikan umur kita ini diuruskan dengan baik supaya umur ini tidak sia-sia..penuhilah umur ini dengan aktiviti yang membawa pada ubudiyyah pada Allah, kerana itulah tujuan Allah menciptakan manusia atas bumi ini=)

2) TUBUH BADAN ^_^

Ke mana kita sedekahkan tubuh badan ini?? Apakah sumbangan tubuh badan dan tenaga kita ini sepanjang kita hidup=)? Koreksi semula tubuh yang Allah pinjamkan ini adakah untuk kita lakukan kemungkaran dan kemurkaan Allah atau kita gunakan untuk agamaNya...Ustaz pesan supaya kita gunakan tubuh ini sebaik-baiknya selagi ianya sihat dan bertenaga untuk kita sumbangkan pada islam dan ibadah pada Allah.

3) ILMU^_^

Seterusnya ilmu yang kita pelajari ini, ilmu yang kita miliki ini, apakah yang kita buat dengan ilmu ini, adakah kita simpan? atau kita amalkan tetapi untuk diri sendiri sahaja? Sebaik-baiknya ilmu yang kita miliki haruslah kita amalkan dan ajar sebarkanlah pada masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kita..kerana ilmu semakin kita sebar, semakin bertambah, tetapi semakin kita simpan, semakin kering dan hilang..hebatnya ilmu Allah ini=)

4) HARTA ^_^

Sekiranya kita telah berharta atau apa sahaja harta yang kita ada, ke manakah harta kita dihabiskan? Ustaz kata, Allah akan tanya dari mana sumber harta kita dan ke manakah kita belanjakan? Allah tidak terima harta dari sumber yang haram walaupun disumbangkan untuk perkara yang baik, begitu juga, harta dari sumber yang halal tetapi disumbangkan pada jalan yang haram seperti membina rumah untuk pelacuran atau perjudian sebagai contohnya.... Allah tidak akan terima...=)

itulah antara pengisian ustaz semalam... ustaz kata lagi, walau besar mana dosa yang kita buat, Sekiranya kita bertaubat, Allah akan ampunkan segala dosa-dosa kita kecuali dosa syirik....namun jika kita meninggal dunia tanpa sempat bertaubat, maka segala dosa-dosa kita akan dipancarkan di akhirat, tetapi andai kita sempat bertaubat, maka Allah akan menutup aib dosa-dosa kita itu,, sungguh Allah maha Penyayang lagi Maha Adil... persoalannya kita tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik, maka kita perlu sentiasa bertaubat... dan apabila kita benar-benar bertaubat, yakinlah Allah akan terima taubat kita...=)

Antara 3 tanda taubat kita diterima,

1) Memutuskan hubungan dengan orang jahat dan menjalinkan persahabatan dengan orang baik...
2) meninggalkan maksiat yang kita buat dan berterusan melakukan ibadah pada Allah..
3)kita yakin rezeki kita dijamin oleh Allah S.W.T=)

inilah tiga tanda pada diri kita jika taubat kita Allah terima...

macam lagi yang ustaz sebut, tentang isu semasa, sebagai selingan, Islam ajar nampak hantu, kita kena bertakbir.. namun filem-filem kini banyak yang menyimpang dari apa yang Islam ajar... Ini sahaja yang dapat kukongsi=)

-4 PAPER MORE TO FIGHT-
Ya Allah, permudahkanlah=)-



.
Masjid Nilai=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...