Thursday, April 28, 2011

Ku Menoleh~

Ku menoleh ke kanan,
Terlihat pancaindera penglihatanku,
satu panorama yang memilukan hati,
pemandangan yang tak pernah inginku lihat,
keadaan umat masa kini,
perpecahan menjadi kebiasaan,
umpat keji menjadi permainan hobi,
memutuskan persaudaraan perkara biasa,
menindas teman tanpa perasaan.....

Ku menoleh ke kiri,
Ku melihat sanak saudara,
berantakan kerna harta dunia,
hilang kasih sayang,
hilang perikemanusiaan,
sehingga sanggup meratah daging saudara sendiri,
tiada belas kasihan,
tiada rasa cinta,
tiada perpaduan dan robitoh hati...

Ku menoleh ke belakang,
ku melihat generasi awal,
yang sudah pun bergelar datuk, nenek dan moyang,
ibarat rumah kata pergi,
kubur kata mari,
namun, cintakan harta dunia masih merajai jiwa,
cintakan keluarga melebihi yang maha Esa,
permainan duniawi tidak terlihat...

Duhai saudara-saudaraku,
salah siapakah semua ini berlaku..
apakah jalan penyelesaian kepada semua ini,
apakah yang perlu dilakukan,
siapakah yang bertanggungjawab..
untuk mengubah panorama ini,

Lalu persoalan bertakhta di hati,
akukah yang bertanggungjawab,
mampukah aku mengubah semua ini,
adakah aku berseorangan untuk dakwah ini,
mengapa aku tidak melakukan apa-apa,
mengapa aku hanya memerhati...

Aku terduduk lesu,
aku tersungkur ke tanah,
tatkala mengingatkan diri,
yang tidak melakukan apa-apa,
melihat kelemahan yang terlalu banyak,
melihat kudrat yang kusimpan,
melihat diriku yang masih mampu tersenyum,
sedangkan maksiat bermaharajalela di depanku.

Lantas aku bangun,
menoleh ke depan,
terus mara, mencari cahaya panduan,
untuk menjadi tempat berpaut,
untuk menjadi penguat,
demi menyelamatkan masyarakatku..
aku tahu,
aku perlu KUAT,
aku perlu TABAH,
jauhkan rasa lemah,
yang merantai jiwaku,
biar semua berpaling dari jalan ini,
biar ada yang tersungkur,
aku perlu teruskan,
jangan pernah berhenti,
jangan pernah ada rasa untuk berehat,
jangan pernah ada rasa berat,
menjalankan amanah ini...

AKU HARUS KUAT..
BIAR SEJUTA MANUSIA FUTUR,
AKU MASIH ADA ALLAH..
YANG SENTIASA MENJADI PENGUATKU...
INSYAALLAH..
DEMI UMAT MUHAMMAD INI,
RASUL YANG DICINTAI.

Saturday, April 23, 2011

Ingin Menjadi Rijal PELINDUNG atau PEROSAK????




Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita...
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya...
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya...
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati...
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya...

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang, atau selalu bermesra dengannya dan bershopping bersama?

Artikel yang saya dapat dari IluvIslam ini berkongsi tentang sebuah kisah benar berkenaan seorang lelaki yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa 'enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.


Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat kita masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh. Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman!) Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halal'kan? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.

Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.

Examination vs movie





Hazirah bergerak ke bilik Salmi, sahabat karibnya sejak sekolah rendah, dan sekarang berada di kampus yang sama. Hazirah merupakan sahabat yang sangat caring dan sayang pada sahabat-sahabatnya. Kata-katanya sentiasa mendapat perhatian dan tidak diambil ringan oleh setiap pendengarnya.. Setibanya di bilik Salmi, dia mendapati sahabatnya yang sorang nie sedang ralit membuat sesuatu.


"Sal, dah prepare tuk exam ke? Relax je aku tengok kau nie..." " Hehe, Ira.. aku nampak macam dah prepare ke? Mestilah belum... tapi belum ada semangat lagi nak study.. nak buat macam mane?" "Hmm.. kot ye pun belum prepare... takkan asyik sangat dengan movie korea nie, semalam aku datang, tengok movie, hari ni datang... pun sama je.." Hazirah buat muka sedih.. "Iraaaa... jangan risau eyh.. insyaAllah nanti aku study eyh.. lagipun lambat lagi kot kita nak exam..kan2... sebulan je lagi... kau ni skema kot.. cepat sangat study..cepat lagi lupenye..heheheh.." "Sal, persediaan awal itu penting... kalau kau tak nak study sekarang pun takpe..nak tengok movie pun takpe..cume kalau tengok movie yang mesejnye jelas..kan lagi bagus.. hmm.. aku ade drama ustaz amirul..hehe.. nak tak? tapi tengok lepas examlah...' ujar Hazirah sambil senyum... " Eyh.. kau nie macam nak galakkan aku je... tadi cakap persediaan awal tu penting..." Salmi kebingungan... Sambil tersenyum..." Sal... dah tentu aku cakap panjang-panjang pun... kau akan kata..aku belum sedia lagi.. nanti study awal cepat lupe... itulah ayatnye dari dulu... jadi baik aku galakkan kau tengok movie..tapi bukan movie yang mendekati maksiatlaah.." "Oho, macam perli je..kau cakap-cakap pasal exam kat aku.. seramlah pulak..serius..banyak gak tak study lagi... ok2.. nanti malam aku study, kau taknak balik bilik ke?" Hazirah hanya melemparkan senyum dan berlalu dari bilik sahabatnya. Hazirah faham benar sahabatnya ini, dari sekolah menengah bersama, dan dia cukup tahu isi hati Salmi.. san dia tahu, sahabatnya ini, agak keras hatinya untuk dileburkan... kata-katanya tidak seiring dengan isi hatinya... namun dia tidak akan putus asa membantu dan membimbing sahabatnya... kerana itulah tanda cintanya Dia pada sahabat-sahabatnya. Jika dia berusaha melakukan kebaikan, dia juga mahu sahabat yang lain bersama-samanya. Dan sesuatu yang tidak disenanginya tentang fenomena yang berlaku di kolej kediaman ini ialah..... filem Korea yang menjadi kegilaan pelajar di kampus ini.. atau movie-movie yang pada pendapatnya berunsur maksiat...lebih-lebih lagi musim yang menghampiri peperiksaan ini. Maka pada malam itu, Hazirah menyampaikan tazkirah tentang persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester, dan niatnya adalah untuk menyelitkan sedikit tentang unsur maksiat yang perlu ditinggalkan malahan dilupuskan seharusnya. Memang sudah menjadi lumrah, setiap yang baik pasti ada penentangnya... begitu juga Hazirah, terngiang-ngiang di cuping telinganya rungutan sahabat-sahabat. " Hekk eleh... silap-silap die yang lebih-lebih tengok nanti....", " Alaaa, bukannya tengok 24 jam... kecohlah minah nie..", " Release tension tu perlulah, ustazah oiii...".... dan macam-macam lagi cercaan yang menimpa Hazirah, dan dia sudah bersedia dengan amukan sebegitu.. namun yang mengecewakan Hazirah ialah Salmi adalah antara salah seorang yang menentangnya... rasa lemah menyinggah sebentar di lubuk hati Hazirah... bagaimana seorang kawan yang diharapkan menjadi penyokongnya... menentangnya begitu sekali... hiba rasanya..Malam itu, Hazirah bertahajud memohon kekuatan dari Rabbnya... Pelbagai usaha Hazirah jalankan untuk menaikkan semangat sahabat-sahabatnya untuk lebih bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan, dan bukan dalam kelalaiannya... dan seperti peperangan hebat, semakin galak pula pelajar-pelajar di kampusnya menonton video.. Hazirah pasrah, dia tahu bukan mudah untuk menyedarkan orang sekeliling kerana bukan dia pemberi hidayah.. mujurlah masih ada sahabat-sahabat yang sedar dan mula membuat persiapan.

Beberapa minggu berlalu, hari peperiksaan pun bermula.. mereka menduduki peperiksaan akhir sem. Habis exam, semua pulang ke kampung dan setelah hampir berakhirnya cuti sem, keputusan diumumkan melalui ewadi... Berdebar Hazirah ingin melihat keputusannya.. dan alhamdulillah.. dia berjaya mencapai 3.74.. syukur tidak terhingga..... Hazirah menyempurnakan sujud syukurnya. Dua hari lagi mereka akan daftar kursus. Ketika di bilik kolej kediamannya..... " Salam... Ira, sihat... result camne? ok?" "Wassalam.. Sal rupenye..alhamdulillah, melebihi yang Ira target... Sal camne? Result ok?" tiba-tiba.. Salmi menyembamkan wajahnya ke riba Hazirah....." Teruk Ira....teruuuukk...isk2..isk2"... Hazirah terkedu. " Kalau Sal nangis sebab Sal tahu apa puncanya, kalau Sal nangis sebab Sal sesal dengan tindakan Sal sebelum nie.. Ira raikan kesedihan Sal nie.. Sal kene ingat.. Setiap perkara yang kita dapat adalah yang terbaik dari ALLAH ...وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ .... "Kita merancang, Allah pun merancang, tetapi perancangan Allah Maha Hebat, kerana dia adalah sehebat-hebat perancang." Apa yang Allah tentukan, itulah yang terbaik untuk kita..dan sesuai dengan usaha kita.. dan kene ingat selalu kata-kata Imam Syafi'i... 'Ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat"... dan maksiat bukan bermakna berdua-duan dengan lelaki, melakukan perbuatan keji dan mungkar yang nampak besar sungguh kesalahannya, maksiat yang kita buat boleh jadi sebesar biji sawi.. dan kadang-kadang kita tak perasan pun bende tu salah..." " Betul cakap Ira... semua ni salah aku sendiri, tak nak dengar nasihat, aku sepatutnya besyukur ada kawan macam Ira, baru sedar sekarang, kawan-kawan yang sentiasa bersama dulu, bukannya buat aku sedar, tapi makin lalai..sedihnya..!"... " Sal jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri, kenapa tidak Sal yang sepatutnya sedarkan orang lain.. kesimpulannya, semua sama-sama salah.. lepas ni buat bende yang lebih manfaat ye" Hazirah menghadiahkan senyuman ketenangan pada Salmi.. "InsyaAllah, tolong aku eyh, Hazirah... tak sanggup nak tengok parents kecewa lagi.."
" InsyaAllah sama-sama... nasib baik tak kene tendang tau.. kire bersyukur lah tu.., kena jugak buat sujud syukur, sebab...Dalam Surah Ibrahim, ayat 7... Allah berfirman mafhumnya,

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Jadi, tak ada alasan nampaknya untuk Sal tidak bersyukur pada Allah, takpe..sem nie mesti lebih bersungguh.. ok?"

"InsyaAllah, terima kasih banyak-banyak Ira.."



Thursday, April 21, 2011

DARI MANA NAK MULA???


بسم الله الرحمن الريم
ASSALAMUALAIKUM....


DAKWAH..., satu ungkapan yang tidak asing lagi bagi mereka yang ingin menyebarkan ajaran Islam bagi meneruskan perjuangan Rasullullah S.A.W. Namun, persoalan yang mungkin timbul di sini ialah, mengapa golongan yang mengaku sebagai dai'e ini begitu sukar mendekati mad'u mereka yakni orang yang diajak ke arah kebaikan sedangkan perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah ajakan yang benar, bukan kata-kata palsu, malah.. Al-Quran... Hadith... menjadi hujahan, petunjuk buat mereka. Apabila mengalami pelbagai tentangan dan ujian, acapkali para pendakwah akan berasa lemah, tidak mahu meneruskan, rasa tidak dihargai dan pelbagai ungkapan putus asa kadangkala keluar dari ucapan mereka.

Tidak keterlaluan rasanya jika kita muhasabah diri, tanyalah pada diri, adakah cara kita berdakwah sudah cukup bagus untuk kita berasa lemah apabila ajakan kita tidak mendapat sambutan? Adakah method dakwah yang kita gunakan sudah cantik untuk kita berasa tidak dihargai oleh mad'u di sekeliling kita?

Kadangkala kesilapan para pendakwah hari ini ialah merasakan bahawa mereka sudah cukup hebat dalam berdakwah, tetapi hakikatnya masih banyak kelompangan yang perlu diperbaiki dan memerlukan pengislahan yang tinggi. Ibarat cuba menunjuk jalan pada orang lain tetapi diri sendiri masih tercari jalan mana yang terbaik untuk dituruti.

Wahai jasad yang mengakui bahawa diri anda sebagai seorang pejuang yang akan bertebaran di muka bumi demi menyampaikan risalah Rasulullah S.A.W... pelbagai cara boleh kita aplikasikan untuk memantapkan lagi proses dakwah kepada mad'u kita. Zaman yang moden ini memerlukan pemikiran kreatif untuk memastikan kelangsungan ajaran Islam itu tersebar luas di bumi ini. Malahan Allah sendiri telah menggariskan cara untuk berdakwah yakni uslub dakwah yang indah di dalam kalam suciNYA.

Firman Allah S.W.T :



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan) dengan cara yang lebih baik."

Ayat ini cukup jelas menunjukkan bahawa Allah menyuruh hambaNya menyeru dengan penuh kebijaksanaan mengikut keadaan semasa zaman mereka. Mari kita sama hayati satu-persatu kupasan dari ayat yang Allah turunkan ini.

1) Menyeru dengan hikmah kebijaksanaan

  • Berdakwah secara hikmah boleh juga diertikan berdakwah mengikut kesesuaian tahap mad'u kita. Jika kita berdakwah kepada adik-adik yang berumur 7 hingga 12 tahun, maka bahasa yang kita gunakan lebih ringkas dan mudah difahami. Malahan, tidak perlulah kita menggunakan istilah yang terlalu tinggi. Begitu juga apabila kita berhadapan dengan mad'u yang sudah boleh memahami dengan baik setiap istilah-istilah berat.. maka tiada salah jika kita menggunakan bahasa yang lebih indah untuk mengajak mereka melakukan kebaikan.
  • Begitu juga dengan masa yang kita gunakan untuk mendekati mad'u kita. Pilihlah masa yang sesuai untuk kita mendekati dan mengajak mereka untuk melakukan sesuatu kerana dibimbangi langkah-langkah yang terburu-buru merumitkan lagi keadaan dan menyebabkan mad'u jauh dari kita. Hal ini disandarkan kepada satu kisah pada zaman sahabat, iaitu Abdullah ibn Mas'ud yang sering menceritakan atau mengajar tentang Islam setiap hari khamis, maka pada suatu hari, salah seorang pendengar setianya bertanya alangkah bagus jika engkau menceritakan tentang Islam setiap hari. Lalu Abdullah ibn Mas'ud menjawab, aku tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang membosankan kamu apabila mendengarnya setiap hari, aku berbuat begitu kerana meneladani apa yang Rasulullah buat kepada kami"(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
  • Seelok-eloknya, para dai'e menghadkan masa bercakap kerana bimbang kita menyebabkan mad'u menunggu terlalu lama terhadap setiap yang kita perkatakan. Hal ini kerana mungkin pendengar kita adalh daro golongan yang sedang sakit atau yang sedang bekerja . Sehubungan itu, lebih molek jika penyampaian kita lebih ringkas tetapi padat dan mudah difahami oleh mad'u kita.

2) memberi nasihat yang baik

  • Nasihat yang baik ini ialah kata-kata yang lembut yang boleh melunakkan hati mad'u yang ingin kita dakwah. Lebih-lebih lagi pada zaman serba moden canggih ini, jiwa dan hati manusia semakin lalai dan mengeras dari menerima kebaikan. Sehubungan itu, nasihat yang bernas perlu diberi bagi menyentuh hati-hati ini supaya hati mereka mudah mengikut apa yang dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W.
  • Elakkan dari terus menyatakan kesalahannya ketika menasihati perbuatan salah mad'u kita itu. Sebaiknya kita perlu memberi pencerahan dan kefahaman seterusnya perlahan-lahan masuk pada tujuan utama untuk mengislahkan mereka. Jika kita terus menyatakan kesalahan mereka, dibimbangi akan menyebabkan mereka kecewa dan putus asa untuk berubah kerana merasa rendah diri.Sertakan jua hikmah dan kebaikan yang mereka dapat jika mereka cuba untuk berubah.
  • Selitkan jua jalan yang terbaik perlu mereka ambil jika mereka menunjukkan tindak balas positif terhadap nasihat yang kita cuba berikan.

3) Berbahas dengan berhikmah

  • Jika kita mengikut anjuran yang Rasullullah ajar kepada kita, badinda seboleh-bolehnya mengelakkan berbahas mengikut emosi tetapi perlulah dijalankan dalam keadaan yang tenang, tanpa menimbulkan persengketaan. Malahan perbahasan yang mulia ialah bahas yang menggunakan elemen terbaik dan menggunakan hujah mudah yang boleh membuka minda mereka dengan mendatangkan hujah yang bernas.
  • Sebaliknya, perbahasan yang boleh mendatangkan keadaan yang buruk ialah berbalah-balah dengan masing-masing ingin menunjukkan kekuatan atau kehebatan masing-masing. Allah juga telah menyebut dalam Surah Al-Haj, ayat 8 yang bermaksud, "Dan diantara manusia ada yang berbantah dalam perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan dan juga tidak berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran"

Selain daripada tiga uslub di atas, pelbagai lagi cara yang boleh diamalkan oleh insan yang bergelar pendakwah, antaranya menggunakan pendekatan soal jawab bersama mad'u supaya sama-sama mendapat nikmat untuk melakukan kebaikan dari hikmah yang tersembunyi. Selain itu, para pendakwah juga boleh membawa contoh, perumpamaan atau analogi yang bernas supaya memberi pencerahan yang lebih kepada mad'u, orang yang ingin kita dakwah itu terhadap perkara yang ingin kita sampaikan.Pendek kata, terlalu banyak jalan yang Allah sediakan bagi mereka yang ingin berdakwah sesuai dengan tahap mad'u mereka untuk menerima dakwah ini dan teladan terbaik dalam berdakwah ini ialah junjungan besar kita sendiri iaitu RASULULLAH S.A.W. Sebagai kesimpulan, jika uslub dakwah yang dianjurkan dalam Islam ini dihayati dan digunakan dengan penuh kritis dan kreatif, maka tiada alasan untuk para pendakwah mendekati mad'u. Malahan, ia merupakan satu pendekatan yang hebat yang mungkin mampu melembutkan seterusnya mencairkan hati para-para mad'u di luar sana.~ SELAMAT MENCUBA~

Wednesday, April 20, 2011

Pemimpin Hari Ini Penentu Masa Depan

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Penulisan ku kali ini, ini... ingin aku menyentuh mengenai kepimpinan...mengapa? sebab realiti hari ini, manusia berebut-berebut ingin menjadi pemimpin, pemimpin pelajar, pemimpin masyarakat dan sebagainya.... sedih sekali apabila kita lihat manusia hari ini terlalu inginkan kekuasaan, inginkan harta dunia sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk... dan bila dah jadi pemimpin, kena ikut cara orang lain supaya disenangi oleh orang bawahan... maka tertutuplah mata dari melihat yang halal dan yang haram.Yang haram menjadi halal... Astaghfirullah.... Sedangkan, dalam Islam sendiri sudah pun memberi garis panduan tentang kepimpinan bagaimana yang seharusnya diterajui oleh seseorang pemimpin... Terpulang pada kita bagaimana kita menilai kepemimpinan yang bercirikan Islam atau tidak...Sedih sekali jika orang yang memahami agama tertutup mata hatinya daripada memilih yang haq dan sanggup mengagungkan kebatilan.. aku muak mendengar tohmahan-tohmahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini, demi takutkan jatuhnya kredibiliti disebabkan kekuatan pesaing...sanggup melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya, fitnah, pencerobohan, umpatan, kejian, pembohongan dan macam-macam lagi. Inikah yang kita gelar sebagai pemimpin.. bersihkah cara yang dilakukan.. dan pada aku, orang yang melakukan perbuatan begini sebenarnya telah jatuh kredibilitinya...jatuh kepada martabat serendah-rendahnya... Hanya Allah yang berhak memberi balasan buat mereka yang tidak menjauhi larangan Allah... yang meninggalkan amar ma'ruf nahi mungkar.... Antara ayat-ayat Al-Quran yang jelas menerangkan pemimpin bagaimana yang harus dilantik untuk menerajui sesebuah organisasi, sesebuah badan bertindak malahan pemimpin kepada keluarga sendiri adalah seperti dibawah...
  1. Surah Annisa', ayat 138 & 139.. "Dan khabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahwa mereka akan mendapat seksa yang pedih ; (yaitu) yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang-orang mukmin.Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik ALLAH."
  2. Surah Annisa' ayat 144.. "Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin selain daripada orang-orang mukmin.Apakah kamu ingin memberi alasan yang jelas bagi ALLAH (untuk menghukummu)?
  3. Surah Ali Imran, ayat 28.. " Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin,melainkan orang beriman. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya dia tidak memperoleh apa pun dari ALLAH, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka.Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa-Nya), dan hanya Allah tempat kembali.
  4. Surah Al-Maidah, ayat 51.. " Hai Orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani mejadi pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
dan banyak lagi ayat-ayat Allah menceritakan pemimpin bagaimana yang diperlukan untuk menerajui sesebuah masyarakat.... bukan sahaja mereka yang kuffar tidak boleh dipilih menjadi pimpinan, malahan mereka yang BERPERANGAI seperti para kuffar juga harus ditolak dari dewan pimpinan..walaupun dia beragama Islam... realitinya hari ini, masyarakat di sekeliling kita tidak lagi mengenal islam... tidak lagi memahami ajaran yang betul.. maka bagaimana mereka hendak mengikut syariat yang Islam gariskan... tanggungjawab siapa untuk membetulkan pandang sisi masyarakat hari ini tentang Islam...... mengapa revolusi Mesir berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak..... kerana rakyat Mesir bersatu dan berfikrah yang sama.... walau mungkin bukan semua yang berjuang kerana Islam, tetapi hanya ingin bebas dari kezaliman Hosni Mubarak, tetapi kesatuan yang mereka capai mampu mengumpulkan hampir sejuta rakyat mereka..... aku letih dengan politik kotor di Malaysia...

Persoalan yang timbul...benarkah kita sebagai pelajar masih belum masanya untuk memikirkan masalah negara..sedangkan masa depan negara bergantung pada pemuda hari ini, marilah koreksi diri, ingatilah sejarah perjuangan Islam terdahulu, siapakah yang paling sentiasa berada di barisan hadapan medan peperangan? siapakah yang mampu menawan semula palestin? siapakah yang berjaya menawan konstantinople? sudah tentu ANAK MUDA! Sesungguhnya semangat orang tua berada dalam diri orang muda... orang tua hanya mampu merancang, tetapi orang muda mampu merancang dan MELAKSANAKAN perancangan itu..... dek kerana masih banyak masa buat orang muda selagi ajal belum menjemput.... ku menyeru diriku yang juga lemah barangkali, sahabat-sahabatku.... bangkitlah untuk perjuangkan ISLAM! BUKAN BANGSA, BUKAN NASIONAL!

Hentikanlah mengumpat dan berbicara tentang masalah diri, tetapi bincanglah bagaimana strategi untuk mengembalikan ISLAM agar KEDUDUKAN ISLAM diletakkan semula pada tempatnya...

We can do it if we strive for it excellently... dan ingatlah kata-kata Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa' , ayat 95....


"Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). Kepada masing-masing, Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan dengan pahala yang besar."

Dan tidak mustahil jika kita semua berjihad...Islam akan menang satu hari nanti, mungkin bukan pada zaman kita hidup, tetapi generasi yang meneruskan mata-mata rantai perjuangan akan datang... namun, tidak mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendokong perjuangan itu, bukan sekadar penyokong, tetapi menyumbangkan sesuatu buat agamanya... Contohilah Imam Hassan AL Banna, Syeikh Ahmad Yassin, Sayyid Qutb,Syeikh Said Hawwa dan tokoh muslimat yang dikagumi, Zainab Al-Ghazali...

Pada mereke terdapat teladan yang wajar kita contohi dan sambunglah perjuangan mereka agar ISLAM kembali tertegak atas muka bumi ALLAH ini kembali seperti zaman Rasulullah, sahabat, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.... TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...