Saturday, December 24, 2011

~Sempena Final Exam=)

Bittaufiq wa Najah kepada yang sedang dan bakal menghadapi exam.... Bersama ini, aku hanya berkongsi artikel yang aku terbaca minggu lepas... selamat membaca=)


TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

-Artikel iluvislam.com-

::Nukilan Untuk Sahabat-sahabatku...^_^..

Salam imtihan buat sahabat-sahabatku...

Kali nie terasa nak coretkan sesuatu untuk sahabat-sahabat yang banyak berkorban dan membantu diri ini.... Semoga kita saling mendoakan...(T_T)...

1) Buat sahabatku Nurul Hanis...
Terima kasih kuucapkan kerana sentiasa menjadi peneman setia buatku... Dikaulah yang sering menjadi mangsa luahanku tatkala aku mengalami kejatuhan yang amat berat dalam diri.. di kala ku menghampiri futur satu ketika dahulu, kau sudi hadir memberi kata-kata semangat agar kubangkit kembali... Di kala aku menangis tanpa henti, kau sudi menunaikan solat hajat bersama-sama.... setiap siri tarbiyyah yang ku lalui atas jalan ini, dikau sentiasa bersama-sama, dari alam sekolah hingga pengajian ini... berselisih dan berkongsi pendapat menjadi perkara biasa bagi kita....Bersamamu membuatku rasa terjaga... Jazakillahhu khairal jaza' ya ukhti mahbubah... moga ukhuwah ini kekal selamanya dalam rahmat Allah=)....

2) Buat sahabatku Afifah...

Terima kasih kerana sudi melayanku berbicara... berkongsi pengalaman, mencari penyelesaian masalah bersama... dan teman yang paling menghiburkan buat diri ini.... duduk bersamamu menjadikan semua masalahku hilang...Setiap kata-katamu menjadikan diri ini bersemangat kembali..aku kagum dengan hati yang kau miliki... sungguh murni dan menenangkan....Melihat dikau dari jauh sudah cukup membuat hati kusenang apatah lagi duduk bersamamu...alhamdulillah akhirnya dirimu terpilih menjadi mata-mata rantai perjuangan bersama...satu penantian yang lama kurasakan bersama Nurul Hanis untuk menyambutmu di pintu jalan ini....Syukur tidak terkira padaMu Ilahi....T_T....Moga kita terus thabat hingga akhir hayat...=)

3) Buat sahabatku Raihan Ashikin...

Tidak ku sangka akhirnya kenalan dari Terengganu ini menjadi sahabat rapat kami... Dikau yang pada mulanya kulihat tegas dan sukar dihampiri, kini menjadi teman bekerja yang menyenangkan... aku gembira dengan ukhuwah ini... cuma satu kupinta... jika dikau berniat untuk bekerja lebih lama.... sama-sama kita pertingkatkan menjaga kesihatan kita... aku tersiksa melihatmu 'begitu'.... begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain... Namun aku tetap kagum pada hatimu yang cukup tabah...dan pendirianmu yang tegar....ana uhibbuki fillah jiddan2..=)

4) Buat sahabatku Mariam dan Ain....

Tidak mampu kunafikan rasa sayang yang mendalam apabila melihat kalian berdua...Buat Mariam, aku senang dengan caramu...walaupun 'garang' tapi sebenarnya sangat tenang... dalam diam dikau menjadi sahabat yang sangat memahami...Buat Ain, terima kasih kerana sudi berkongsi kesedihan denganku dan menghargaiku sebagai sahabatmu.... Melihat kalian berdua juga membuatkan hatiku gembira dalam diam... Gembiranya hati apabila Allah memilih kalian juga untuk bersama-sama berkongsi perit dan jerih serta keriangan bersama dalam menjalankan kerja-kerja Islam ini... Daku sayang pada anda berdua=)

5) Buat sahabatku Nadrahtul Huda...

Pada awal kakiku menjejak di bumi USIM ini, kuakui iman ini tersangat lemah dan jatuh akibat tiga bulan 'kosong' di kem yang hanya memberi tarbiyyah jasadiyyah.... namun tatkala melihat dirimu... semangatku untuk kembali bangkit seakan tersuntik... Tidakku sangka dirimu yang begitu kusegani akhirnya menjadi teman yang dekat dihati...Teruslah menjadi dirimu yang kukenali ini dan moga bertambahlah keizzahan yang ada pada dirimu..=)

6) Buat sahabatku Wajihah...

Tidak tersangka keciciran kad metrikmu pada minggu ta'aruf adalah titik permulaan kepada ukhuwah kita terbina.. sungguh Allah telah menghubungkan hati-hati ini yang akan bersama-sama 'berjalan' denganku pada awal lagi..sungguhpun ketika itu aku tidak mengenalimu... tetapi akhirnya kini kita menjadi teman serumah... solat bersama, makan bersama dan saling bertazkirah bersama.... semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmatNYA.....


dan terlalu ramai inginku ucapkan sesuatu buat teman-teman, namun keterbatasan dan kekangan waktu..tidak mampu kutulis lagi.... semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah, semoga ukhuwah ini berkekalan untuk selama-lamanya walaupun kita akan berpisah satu hari nanti....moga hati-hati ini sentiasa bertaut dalam doa... ingin sekali diri ini memohon maaf atas sikap yang mungkin kalian tidak senangi, atas sikapku yang kadangkala tegas terhadap sesuatu, atas bicaraku yang kadangkala mengguris hati... atas wajahku yang kadangkala tanpa senyuman... mohon maaf atas segalanya.... moga kita semua dapat menjawab exam dengan baik.... biar sibuk bagaimanapun, moga belajar dan bekerja berjalan seiringan... Dakwah nombor satu, tapi akademik bukan nombor dua.. 'Let's struggle in our study for one week more'


-Aku sayang sangat pada kalian semua...Harapnya sayang ini adalah kerana Allah-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...