Monday, November 21, 2011

Nukilan buat akhawat-akhawatku...

Persismu permata bernilai
Menjadi Rebutan pejuang
Keutuhan yang tersimpan
Dibalik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar
Disinar cahaya iman
Itulah muslimah harapan,

Wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan tidak terletakpada kecantikan wajah,
Kemanisannya tidak terletak pada kemanjaan,
Bukan jua pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para lelaki,
dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
kepetahan wanita solehah,
bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama

Gerak langkah yang sopan
disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam
menjadi taruhan perjuangan


Wahai wanita muslimah harapan,
jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerna satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
agar diri bersih dan sentiasa
mendapat rahmat Ilahi,

wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita
atas kekurangan dirimu,
kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
kerna muslimin yang bijaksana itu
tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
bersyukurlah diatas apa yang ada,
serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Duhai muslimah serikandi harapan,
agama, jasad hayatmu diserahkan,
untuk sebuah perjuangan
agar Islam bisa tumbuh subur mewangi
di bumi tuhan


Muslimah puteri harapan,
dikaulah harapan,
membela Islam yang mulia.

Muslimah puteri harapan,
dikaulah cahaya
Menjadi lambang Islam yang gemilang

puteri harapan serikandi islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
mengukuhkan benteng pertahanan Islam

Gamitan leka duniawi
tersungkur jauh dihatimu
kau sematkan kecintaan mendalam
terhadap TUHANMU

Maruahmu yang leluhur,
dijaga untuk suami tersayang,
kau didik generasi mendatang,
Untuk agama TERCINTA..

ALLAHUAKBAR!

1 comment:

  1. kita yg wajib mnjaga maruah kita sbgai muslimat..'izzah kita sbgai mslimt sgt istimewa..: Ganjil Itu Indah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...