Sunday, August 21, 2011

Meh opah cite “lailatul qadr vs raya”.


“hello opah, what up!”

“ishhh, kamu ni.. kelabu asap, kelabu asap.. ape ke bendanya tu? Cer bagi salam kalau jumpa”

“opps silap, kita mesti menghormati orang yang lebih tua.. assalamualaikum opah”

“bukan tua ok.. berumur.. hahaha.. wa’alaikummussalam cu..”

“opah pe koba, lame xjumpa”

“baik je, macam mana nak jumpa, surau pun kamu xpergi, tambahan pula 10 malam terakhir dah mula kelmarin. Hah, kenapa tak datang surau kelmarin?”

“letih balik kerja, lepas tue sakit perut, sakit kepala, sakit badan, 2 malam yang lepas saya pening sangat”

“yela 2, bila dekat2 akhir ramadhan mulalah sakit sana, sakit sini.. letih sana, letih sini.. Cuma ada satu sakit je korang reti cari ubat dekat2 nak akhir ramadhan ni”

“sakit apa tue opah??”

“sakit kepala tak ada duit! Rela berhutang demi nak senang! Perasaan je semua tu, emosi kamu xtenteram, tahu kenapa?? Sebabnya orang zaman dahulu gembira datangnya ramadhan, orang zaman sekarang gembira perginya ramadhan, orang dahulu sedih syawal menjelang, org sekarang wat dek bila ramadhan datang.. semuanya mind set kamu.. kamu yang malas”

“xmalas opah, tapi xtaulah kenapa, xjumpa jawapan lain kalau tanya diri sendiri kenapa xpergi surau, yang ada cuma sakit”

“semalam kamu kemana pula?”

“owhhh, opah nak tahu, semalam seronok sangat, saya pergi supermarket opah, banyak barang murah”

“yeke?? Apa yang ada?”

“ada potongan harga! Best tau, murah2 barang kat sana”

“yela 2.. bila ada potongan harga kat supermarket, adalah potongan ibadat!

“hah?? Xfaham.. macam mana tu opah??”

“yela, bila ada sale 50%, 70% kat supermarket mulalah orang berduyun-duyun kesana terutama waktu malam, macam kamu, rela tinggal terawih demi shopping, rela potong ibadat demi potongan harga!

“tapi, lau xterawih berjemaah boleh je buat sendiri bila balik dr shopping”

“jadi, kamu buat x? hari ni nak beli baju raya sendiri, esok untuk suami /isteri, lusa anak.. jadi, bila nak beribadat?”

“hehe, tak.. haha”

“xapa, ubahlah selagi ada kesempatan”

“opah.. opah tau x, meon suka sangat lagu raya.. kat supermarket, tv, radio semua dah pasang lagu raya.. rasa bersemangat sangat nak sambut raya”

“opah suka ssaaaaaaaaaaaaaaaangggggggaaaatttt.. opah suka sampai timbul satu perasaan, tau apa?? Rasa nak lempang je muka dj dan muka kamu sekali.. orang lain nak banyakkan amal ibadat, zikir, ingat Allah, solat, qiam.. tapi dia musnahkan perasaan dan jiwa manusia, biar tergila-gilakan hari raya.. hayati ramadhan xdop mano sangat, puasa cukup syarat je, raya nak lebih-lebih

“alaaaaa, opah ni.. xsyok aaaa”

“dah nak syok sangat, apa yang kamu rasa paling syok lau raya??”

“paling syok kalau dapat buat kuih raya, buat ketupat, buat biskut”

“hah! Ni lagi satu penyakit, buat persiapan bagai nak rak.. bust kuih sampai xbuat ibadat.. hari ni kuih bahulu, esok

almond, lusa tat, lusa???? Masuk kubur! Apa nak jawab? siap buat kuih nak hias rumah, cer hias diri dgn buat ibadat macam nak raya, ohhh pahala sakan”

“opah ni kuat beleter la, pegi dulu laaa”

“ni la budak zaman sekarang tegur sikit dah nak pegi”

“pergi dulu… daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, opppss assalamualaikum”

“eh tunggu dlu…..carilah lailatul qadr.. budak2.. jangan lagho demi rayo k!”


~... sebuah kisah yang ku dapat dari fb sahabatku...moga muhasabah bersama=)~

Monday, August 15, 2011

Wahai daie...Jangan Lemah='(

Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :

Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]


Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.

Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]

Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..

Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]

Kuatlah sahabatku...

Tuesday, August 9, 2011

::MATLamAT aKHiR PUASA::




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang...

Alhamdulillah, hari ini aku masih bernafas, untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ini, hari ini dah 10 hari umat Islam berpuasa.... nikmatnya puasa apabila perut kita dapat berehat dari bekerja memproses, sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan kita=) ALhamdulillah~~

Teringat pesanan ringkas ustaz Fuad semasa mengimamkan solat tarawikh pertama di surau Bandar Seremban Selatan..... tidak ku ingat bait-bait perkataannya, tetapi bolehku simpulkan apa yang ustaz sampaikan adalah puasa yang kita lakukan setiap kali Ramadhan bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, puasa di siang hari yang kita kerjakan bukan sahaja menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa, puasa bukan sahaja kita tunaikan demi memenuhi tuntutan rukun Islam yang ketiga, puasa bukan sahaja mengingatkan kita kepada fakir dan miskin, puasa yang kita lakukan selama 30 hari ini juga bukan sahaja mengajar kita erti lapar dan dahaga tetapi puasa yang kita lakukan pada siang hari dan bertarawikh pada malam hari, tujuan utama adalah untuk mencapai TAQWA... sebagaimana dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah. ayat 183,



"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

Jelas sungguh ayat ni kan? yang mana Allah menyampaikan pada kita semua kenapa kita berpuasa... dan fasa pertama Ramadhan sudah berlalu... selama 10 hari ini, ku koreksi diriku semula, sudahkah aku berusaha betul2 untuk mencapai rahmat Allah selama 10 hari berpuasa nie... Ya Allah, lemahnya aku sebagai hambaMu... Bagiku, bulan Ramadhan yang sering digelar bulan berpesta ibadah ialah bulan latihan untuk kita semua, shahru tamrin, kerana setiap ibadah yang kita buat, qiyamullail, baca Quran, solat sunat, puasa adalah ibadah yang perlu diteruskan walau bukan bulan Ramadhan... Sungguh, indahnya tarbiyyah Allah buat hambaNya, memberi kita bulan latihan ini untuk berlatih meningkatkan ibadah... Alhamdulillah kita dalam ISLAM...

Subhanallah dan Alhamdulillah=), Allah masih memberi nafas untuk kita melihat keajaiban dunia ciptaan Allah ini... tidak terbayang jika Allah menarik nyawa kita apabila tiba masanya... saat bersolat di surau rumahku, aku dikelilingi datuk dan nenek yang berusia 60an dan 70an.... simpati dan kagum melihat mereka, dalam usia begitu masih kuat kaki mereka melangkah ke surau... dalam keadaan yang tidak larat, ada yang sudah bertongkat.... terlintas di fikiranku, jika ditakdirkan Allah aku hidup sampai umur begitu, adakah aku masih lagi mampu menunaik an ibadah.... adakah masih di lorong yang betul... bimbang sungguh hati ini jika di pertengahan perjalanan hidup, aku berubah...disebabkan itulah kita kena sentiasa berdoa pada Yang Maha Membolakbalikkan hati agar menetapkan hati kita atas jalan yang lurus, sirotul mustaqim....

Di saat usia sebegitu, patutkah kita masih mengejar dunia, kerana rumah sudah pun kata pergi, kubur sudah pun memanggil.... malah sepanjang hidup kita ni, bukan dunia yang dikejar, tetapi kejarlah Allah, capailah TAQWA....

Puasa ini salah satu cara untuk mencapai taqwa, seharusnya kita melakukan transformasi diri setiap kali kita diberi peluang bertemu kembali Ramadhan, kerana mungkin ini Rama dhan terakhir kita =(

Bercerita tentang Taqwa.... aku teringat pengisian daripada seorang sahabat.... ' Taqwa cycle'...
atau aliran yang perlu kita lalui untuk mencapai Taqwa kepada Allah S.W.T....

RUKUN IMAN -> RUKUN ISLAM -> RUKUN IHSAN -> TAQWA

Apabila kita mengaku kita ISLAM, terlebih dahulu fahamilah rukun iman.... rukun iman yang enam, beriman kepada :

1. Allah,
2. Malaikat-malaikat,
3. Kitab-kitab,
4. Rasul-rasul,
5. Hari Kiamat, dan
6. Qada' dan Qadar

sejauh manakah kita memahami dan meyakini dengan jitu terhadap rukun iman yang enam ini, sejauh manakah hati kita benar-benar yakin tentang kewujudan Allah, atau adakah sekadar retorik semata-mata... sebab itulah antara pelajaran awal kita apabila kita mula pandai membaca dan menulis, kita diajar untuk mengetahui rukun iman dan islam....

Seterusnya, jika kita benar-benar yakin dengan rukun iman, maka kita perlu buktikan keyakinan kita terhadap enam perkara tersebut melalui perbuatan, yakni melaksanakan ibadah sama ada ibadah khusus dan umum... maka bergeraklah kita pada Rukun Islam, ibadah khusus yang lima, iaitu,

1. mengucap dua kalimah syahadah
2. solat lima waktu sehari semalam
3. puasa di bulan ramadhan
4. menunaikan zakat
5. menunaikan haji...

dan ini adalah khusus yang wajib kita laksanakan..... untuk mencapai taqwa tidak cukup sekadar ini, maka ada ibadah sunat juga Allah anjur kita laksanakan sebagaimana Rasulullah ajar pada umatnya...

kebanyakkan manusia mampu mencapai rukun iman dan rukun islam, tetapi tidak mudah untuk capai tahap terakhir iaitu rukun ihsan,

1. beribadah seolah-olah kita melihat Allah
dan jika tidak mampu,
2. beribadah seolah-olah Allah melihat kita

sebagaimana hadis, Saidina Umar r.a,


فَأَخْبِرْنِي عن الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ الله كأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ.

"Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
_


Koreksilah diri kita, bagaimanakah ibadah yang kita lakukan selama ini, kerana itulah islam menganjurkan agar melaksanakan ibadah dengan khusyu' sebagaimana terdapat perintahNya di dalam Al-Quran.... bacalah doa ini selalu, agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang hatinya khusyu' , terselamat dari azab kubur....

وعن زيد بن أرقم - رضي الله عنه - ، قَالَ : كَانَ رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم - ، يقول :
(( اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، والبُخْلِ والهَرَمِ ، وَعَذابِ القَبْرِ ، اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا ، وَزَكِّها أنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا ، اللَّهُمَّ إنِّي أَ
عُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ؛ وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ ، وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ ؛ وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجابُ لَهَا )) .
رواه مسلم


bukan mudah untuk kita mencapai tahap ihsan ini, kerana tercapainya ihsan, maka kita sedang menuju TAQWA... usahalah saudaraku, mari kita usaha ke arah tersebut...

perjelaskanlah matlamat hidup kita, untuk mencapai ketaqwaan dan dengan ketaqwaan tersebut, insyaAllah kita mendapat rahmat Allah. Dan dengan rahmat Allah lah kita dimasukkan ke syurga, bukan pada banyaknya pahala kita... itulah nikmat terbesar... yakni memperoleh rahmat Allah...

Puasa ini adalah salah satu jalan menuju Taqwa... puasalah dengan sebenar-benar puasa..kerana matlamat akhir puasa kita ialah mencapai TAQWA KEPADA ALLAH, TUHAN Yang Menciptakan Sekelian Alam... perbanyakkanlah membaca Al-Quran, solat-solat sunat, qiyamullail, membantu antara satu sama lain, kurangkan mengumpat dan menghina saudara seislam dan banyaklah berzikir mengingati ALLAH...sekian.. Wallahualam.


~ALLAHU AKRAM, RAMADHAN KAREEM~














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...