Monday, July 25, 2011

3 Panggilan dari ALLAH.....


ASSALAM.. perkongsian seorang sahabat yang saya dapati dari facebook, moga menjadi pedoman buat semua....


ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA 3 PANGGILAN SAHAJA



Renung-renungkan dan selamat beramal.. Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum,ini pertama kali aku berUmrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..." Keningku berkerut.... .... "Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.





"Panggilan pertama adalah Azan" ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang, saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. MasyaAllah.. ..... Ibu melanjutkan,








"Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya> bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik AllahumaLabaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca. .......Subhanallah. ......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.......Alhamdulillah...








"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu baik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ..." ** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ...** Huraisy Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya :

"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang." "Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." Kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada...... sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam

Thursday, July 21, 2011

~AL-BAQARAH, AYAT 8 - 12~


بسم الله الرحمن الرحيم




Dan di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.



Mereka menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari.



Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakitnya itu, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.




Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi!" Mereka mennjawab "Sesungguhnya kamilah orang yang melakukan perbaikan"




Ingatlah , sesungguhnya merekalah yang berbuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

(Petikan Surah Al-Baqarah, ayat 8-12)

Saudara SeIslamku, SeAgamaku, tatkala terbaca Kalam Suci Allah ini, suka saya mengajak kita semua koreksi diri, muhasabah bersama... ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa kadang-kadang kita tidak sedar, sesungguhnya kitalah mungkin antara penyebab berlaku kerosakan dan kebejatan ummah pada akhir ini, kita sangka setiap apa yang kita buat betul, kita telah melakukan yang terbaik sama ada tuntutan ibadah, amanah dan sebagainya, tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana nilainya setiap pekerjaan dan amal perbuatan kita yang benar-benar bernilai di sisi... kita takut, kita buat segala perintah Allah, kita aktif berprogram, tetapi semua itu tidak bernilai apa-apa di sisi Allah... Antaranya kemungkinan yang berlaku dalam diri manusia melalui ayat-ayat yang Allah turunkan ini :

1) Kita melakukan sesuatu kebaikan atau telah bermanfaat kepada orang lain, tetapi kita cemari dengan perasaan riya' dan ujub bahawa kitalah yang berjasa.. sekelip mata kita tergolong dalam kalangan syirik kecil...

2)Kita melakukan ibadah sesempurna mungkin tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat, tidak ada rasa untuk meninggalkannya, tetapi merasakan diri dah dipenuhi dengan iman kerana melakukan banyak ibadah kepada Allah, merasa diri dah cukup beriman sedangkan
kita tidak sedar bahawa kita tidak tergolong pun dalam golongan beriman... inilah yang dinamakan iman yang mandul.

Perlu kita teliti semula, adakah selama ini kita mengaku beriman kepada Allah hanya dengan lisan semata-mata... tetapi tidak dipraktikkan.... jika kita hanya mengaku di bibir sahaja, maka ia seperti habuk yang akan diterbangkan angin lalu...

Perkongsian dari seorang sahabat yang dikasihi, antara ibrah dari ayat ini, TAAT TAPI BERMAKSIAT...seperti yang telah saya katakan di atas...ALLAHUAKHBAR!
bimbangnya hati jika kita tergolong dalam golongan tersebut... terlalu banyak maksiat yang telah kita lakukan sebenarnya, tanpa disedari.... Adakah kita melakukan ibadah kerana kita CINTAKAN ALLAH..... atau... sekadar satu kewajipan semata....

Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang... betapa banyak dosa yang kita buat terhadapNya, tetapi DIA tetap memberi nikmat pada hambaNya... Kita perlu rasa malu! Seharusnya rasa MALU!... Malu kerana rasa bahawa kita dah beriman kepada Allah, tetapi sebenarnya tidak...Malu kerana berasa bahawa kita telah melakukan ibadah yang sempurna, tetapi Allah tidak terima ibadah kita pun.... Malu kerana merasakan bahawa kita adalah tergolong dalam golongan Orang-orang berjihad, tetapi pahala jihad kita Allah tidak terima seperti mana firman Allah dalam surah Ali Imran . ayat 142.... kenapa??

Lantaran dosa, maksiat, kejahatan yang kita buat tanpa kita sedar... perkara salah yang kita rasa betul... Nauzubillah... Ya Allah, bantulah kami semua dalam usaha menjadi insan sempurna di sisiMu... siahkan kami dari hasutan bertalu-talu dari hizbussyaitan yang suka melihat manusia tersungkur di pintu neraka!....

Moga tulisan ini mampu memuhasabah kita bersama walau tinta ini tidak sebagus mana.... apa yang pasti.. saya ingin kita bersama-sama.. perbaiki diri, perbaiki amal.... bantulah daku, bantulah sahabat-sahabat terdekat dan bantulah diri mu jua... semoga kita sentiasa di atas jalan yang lurus.... sekian..! Assalam=)

Saturday, July 16, 2011

mARI pERbaIKI aMaL~~



SALAM NISFU SYA'ABAN BUAT UMAT ISLAM....
SEMOGA BERTAMBAH IMAN DAN AMAL DENGAN BERTAMBAHNYA USIA DIRI DAN USIA DUNIA.....

Bismillahhirrahmannirrahim....
Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingatiMU dan menyebut namaMu,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu,
badan yang sihat dan ringan untuk menyempurnakan ketaatan dan ibadah kepadaMu,

Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati yang kusyuk,
ilmu yang bermanfaat dan berguna,
keyakinan yang benar dan mantap,

Ya Allah,
kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul,
selamatkan kami dari bahaya dan petaka,
Kami mohon, Ya Allah,
kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta pada jasa orang lain,

Ya Allah,
berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap lagi pada orang lain selain dari Engkau Ya Allah,
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga kami, anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta ( perkenankanlah)..

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul dan bersatu kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.. Hidup suburkan hati-hati ini ma'rifat tentangMu, dan matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu,
ENGKAULAH SEBAIK-BAIK SANDARAN DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..

Ya Allah,menjelanglah kini malamMu, beredar sudah siangMu, inilah keluhan suara dari hambaMu yang hina dina ini, ampunkanlah dosa-dosa kami ya Allah....

Allahumma amiin..



Wednesday, July 13, 2011



video


BEBAS PALESTIN

LA ILAHA ILLALLAH
MUHAMMADUR RASULULLAH
HIDUP MATI KERANA ALLAH
BERJUANG FI SABILILLAH

c/0<1> WAHAI PARA PEJUANG MARALAH KE HADAPAN
KERAHKANLAH TENAGAMU DAN JUGA FIKIRAN
KORBANKANLAH HARTAMU SEKALIPUN JIWA RAGA
BERJUANG MEMBEBASKAN PALESTIN YANG TERCINTA

ulang c/0<1>

c/o <2> WAHAI PARA PENCINTA KEADILAN
JANGAN GENTAR BERJUANG BERSAMA
KEZALIMAN YANG BERMAHARAJALELA
KITA GEMPUR HINGGA KE HUJUNGNYA

c/o <3> AYUH BERSATU DEMI PALESTIN
BERSAMA KITA BERJUANG UNTUK PALESTIN
TAK KIRA WALAU DIANCAM SENJATA
KERANA ALLLAH KITA MARA

ulang c/o<1>
ulang c/o<2>

HENTIKANLAH PENDERITAAN DAN JUGA KEZALIMAN
KEMBALIKANLAH KEAMANAN DI BUMI ANBIYA'
BERDOA KEPADA ILAHI
AGAR PALESTIN AKAN MERDEKA
KEKAL SENTOSA SELAMANYA

ulang c/0<1>
ulang c/o<3>



~lagu ini saya dedicated khas buat sahabat-sahabat untuk terus bersemangat menentang kezaliman sebagaimana rakyat Palestin berjuang, walau keadaan kita berbeza, tetapi apa jua bentuk kezaliman harus ditentang! ALLAHUAKBAR!!~

Monday, July 11, 2011

Apa kata Anda??

Suka saya memulakan bicara bisu pada kali ini dengan sepotong ayat Al-Quran,

"Perangilah org-org yg tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka yang tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar(agama ALLAH), (yaitu org-org yg) telah diberikan kitab , hingga mereka diberikan jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk"...attaubah,29.

Ayat ini sekadar selingan untuk kita renungi bersama-sama...=)

BERSIH 2.0.....

Malaysia gempar dengan perhimpunan ini… perhimpunan yang berjaya menghimpunkan puluh ribu peserta. Jika kita melihat dari luaran, dan hanya mendengar melalui media perdana dan akhbar, terang-terang minda kita akan disogok dan didoktrin bahawa perhimpunan ini :

1) Akan menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam keadaan negara yang aman ini

2) Menyebabkan kerugian dalam ekonomi dan menyusahkan pelbagai pihak, rakyat dan

kerajaan

3) Menyebabkan imej negara buruk, mengganggu perpaduan negara.

4) Ini adalah perhimpunan kotor dan menyalahi ajaran Islam.

Jika kita memandang pada satu sisi, saya mengaku saya sendiri akan mengiyakan setiap pertuduhan terhadap perhimpunan tersebut, tetapi jika kita mengkaji dan selidik satu persatu, kita akan Nampak kepincangan yang berlaku dalam setiap laporan yang dikeluarkan ini.

Melihat pada persoalan pertama, menimbulkan kekacauan dan huru-hara, jika benar begitu, maka sudah tentu para demonstran bersiap-sedia dengan kayu, batu, serta alat-alat tajam… tapi apa yang kita lihat, mereka tidak membawa apa-apa ancaman pun sebenarnya, malahan sesiapa yang mengikutinya hanya perlu mengeluarkan tuntutan dan melaungkan tuntutan, tidak benar sama sekali mengungkapkan kata-kata kesat kepada kerajaan dan seumpamanya… maka isu menimbulkan kekecohan ini tidak benar sama sekali. Syarat utama demonstrasi ini juga adalah aman, jika ia bertukar menjadi ganas, maka ia telah melanggar hukum syara’. Tetapi, jika di teliti lagi, siapakah sebenarnya yang menimbulkan huru-hara? Siapakah yang menyebabkan para demonstran terpaksa bertempiaran? Dan siapakah yang menimbulkan provokasi jika benar ada dalam kalangan demonstran mengeluarkan kata-kata kesat dan makian? Dan setelah mendengar pendapat sahabat-sahabat yang menentang demo ini, jelas mereka tidak Nampak apakah yang berlaku sebenarnya… dan paling meyedihkan, mengikut akta yang ditetapkan dalam undang-undang, polis hanya ditugaskan mengawal keadaan sekiranya demonstran berubah menjadi ganas, tapi apa yang dilihat pada hari tersebut, polis yang mencetuskan keganasan sehingga ramai yang tercedera… hiba hati rasanya, namun ucapan tahniah juga perlu diberi pada pihak polis kerana mereka Berjaya mengawal keadaan walaupun terpaksa mencederakan=) syabas!

Persoalan kedua pula, perhimpunan ini menyebabkan kerugian ekonomi dan menyusahkan ramai pihak, juga saya secara peribadi tidak setuju… tetapi jika ada yang tidak bersetuju tidak mengapa, tetapi inilah pendirian saya… persoalan yang ingin dikemukan…. Siapakah yang mengeluarkan arahan supaya kedai-kedai dan premis perniagaan menutup perkhidmatan mereka pada hari tersebut, tidakkah kita terfikir, himpunan yang mendapat penyertaan seramai 50,000 orang itu sangat menguntungkan perniagaan mereka… tetapi pelik, kenapa perlu tutup ya? Sedangkan perhimpunan ini akan berarak menyerahkan memorandum kepada Yang diPertua Agung …. Dan bukan untuk menyerang penduduk di Kuala Lumpur.. sedikit pelik kenapa pihak berwajib begitu takut memorandum tersebut sampai kepada Yang diPertua Agung? Dan Tanpa disedari, siapakah sebenarnya yang menjatuhkan ekonomi dan menyebabkan kerugian?

Perhimpunan ini menyebabkan imej negara buruk, memalukan, mengganggu ketenteraman awam dan boleh memecah-belahkan perpaduan, sekali lagi saya berpendapat, perhimpunan ini bukan hendak merusuh kaum tertentu, jauh sekali menimbulkan provokasi serta isu perkauman, dan sekiranya perhimpunan ini adalah untuk membuat kekacauan, barulah ia memburukkan imej negara, tetapi siapakah yang membuat onar? Dan siapakah sebenarnya memburukkan imej negara…. Sama-samalah kita berfikir…

Isu seterusnya, demonstrasi ini adalah perhimpunan kotor dan menyalahi ajaran Islam…. Benarkah perhimpunan ini kotor, atau ia dikotori oleh pihak ketiga? Dan demonstrasi ini tiada dalam islam? Makna demonstrasi adalah tindakan untuk menyampaikan penolakan, kritik, ketidakberpihakan, mengajari hal-hal yang dianggap sebuah penyimpangan.Memang benar kita ada wadah yang banyak untuk menyampaikan kritikan, namun apakah lagi yang harus kita buat jika wadah-wadah yang disediakan tidak dilayan, hanya dipandang seperti angin lalu dan tidak melakukan apa-apa tindakan? Maka seharusnya rakyat bangkit jika permintaan tidak dilayan…. Dan jika cara demonstrasi jalanan ini salah,sedangkan inilah cara kita menunjukkan apa yang tidak puas di hati, mari kita kaji satu pensyariatan yang Allah perintah kepada hambaNya dalam ibadah haji,iaitu wajib haji, melontar di Jamratul Aqabah….Mari kita fahami maksud tersirat di sebalik pensyariatan ini…

Menagapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah "obelisk" hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu. Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Obelisk juga dikenali sebagai "cleopatra’s needle". Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.



Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari

Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:

Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih

(Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)


umat Islam melontar di Jamrah


Obelisk

Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra.

Jadi syarat haji dengan menyempurnakan melontar di Jamrah mempunyai maksud yang mendalam, iaitu melontar segala pengaruh dan budaya yang cuba di laksanakan oleh pengikut-pengikut Dajjal ke atas umat Islam!

*RUJUKAN

http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/03/kenapa-perlu-lontar-jamrah-apakah.html

Berbalik pada isu kita, bukankah Islam juga menganjurkan kita menunjuk ketidakpuasan hati sekiranya terdapat kepincangan-kepincangan yang berlaku… Cuma ini adalah langkah terakhir selepas semua ikhtiar dilakukan dan dilakukan dalam keadaan aman tanpa membuat sebarang keganasan dan huru-hara. Hakikat sebenar ialah, ramai yang tersalah faham dengan tujuan BERSIH ..Wallahualam dan maaf andai ada bahasa yang tidak sesuai.Wallahulam=)


Saturday, July 2, 2011

Alhamdulillah:::

Assalamualaikum warahmatullah....

Alhamdulillah, selesai sudah urusanku untuk hari ini, tetapi bukan bermakna selesai semua urusan, masih banyak taklifan menanti untuk dilaksanakan... dan semestinya jalan ini tidak pernah berhenti daripada menyelesaikan hutang-hutang amanah... dan berbahagialah pada mereka yang mampu dan berusaha sedaya mungkin untuk melaksanakan amanah sesempurnanya, kerana usaha menjadi nilaian Allah, bukan natijahnya... selamat berjuang wahai adik-beradikku...

'Tidak perlu menyuruh mereka 'memilih' kita, tetapi perkenalkanlah mereka kepada ISLAM, nescaya dengan sendiri mereka akan datang pada kita"...

Olahan ayat dari pemimpin ISLAM yang berwibawa.... ayat mudah ini sebenarnya menjelaskan pada kita bahawa untuk mengembalikan ISLAM ketempatnya, maka usaha dakwah itu perlu menjadi prioriti kita... satu perkara yang perlu aku koreksi kembali pada diri ini, jika aku telah berjanji dengan diriku kepada Allah bahawa aku akan bersama-sama yang lain untuk ISLAM, apakah amanah dakwah ini benar-benar aku laksanakan? ataukah sekadar memandang kosong dan mencegah melalui wadah selemah-lemah iman? Ya Allah, hina sungguh diri ini jika amanah ini tidak kulaksanakan...
Maka sama-sama berusaha menyampaikan walau satu ayat, duhai sahabat-sahabat, jangan kita jadi lalang yang hanya mahu mengikut arah angin bertiup...

Alhamdulillah juga.. selesai solat maghrib, kakakku memberi peringatan berguna, perkara yang paling terkesan, bimbangnya kita jika kita terhijab dari bantuan Allah kerana dosa kita sendiri, tidak menjaga ibadah dengan sempurna, tidak menjaga niat dalam berjuang, bimbang diri diresapi perasaan riya' dan ujub, nauzubillah.... Dan Alhamdulillah untuk segalanya..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...