Tuesday, August 12, 2014

New Life, New Story and New Memory...=)

Bismillahhirrahmannirrahim...

Alhamdulillah, 12 hari sudah menjangkau status isteri orang... banyak perubahan yang perlu dilakukan... 

1 Ogos 2014, hari pertama aku bergelar isteri, menerima tanggungjawab baru, kehidupan baru dan orang baru dalam hidup.... soalan yang bertalu-talu daripada sahabat, apa perasaan nak kahwin... selalunya aku x tahu nak jawab macam mana, seribu perasaan berhimpun sehingga xtahu apa yang perlu aku rasa. Cuma satu, mengingatkan hati supaya sentiasa bersedia kehidupan selepas ini, terus terang, bukan sesuatu yang mudah untukku menerima perubahan ini, satu-persatu perlu aku lakukan, dalami dan fahami... kalau dulu aku hanya fikirkan keluargaku, tapi kini keluargaku semakin besar, banyak hati perlu dijaga, banyak hati perlu kufikirkan... satu doaku pada Allah, berilah aku hati yang kuat untuk menghadapi setiap ujian...

Perkahwinan memang sesuatu yang manis, dan akan terus manis jika kedua-dua suami dan isteri saling memahami, saling bekerjasama, dan tidak terlalu melayan emosi dan banyakkan rasional...

Dan aku yakin, sekiranya perkahwinan ini adalah kerana Allah, insyaAllah Allah akan memberi bahagia... apa yang perlu aku lakukan, terus setia bersama suamiku... sejujurnya, kadangkala ditempa perasaan rindu pada ibu ayah, adik-beradik, tetapi tempatku kini adalah di sisi suami... Dia yang perlu aku curahkan kasih dan sayang tanpa berbelah bahagi kerana Allah...

Paling aku bersyukur di saat ini, Allah mengurniakan aku seorang suami yang sangat penyayang dan sangat memahami.... benarlah kata orang, apabila sudah sebumbung dengannya, baru kita tahu sifat sebenar seseorang... lain daripada jangkaanku.... kalau sebelum ini aku sering berasa takut tidak mampu menyayanginya sepenuh hati, tetapi alhamdulillah.... setelah dia halal buatku... perlahan-lahan perasaan sayang dan cinta itu terbit... pemergiaannya ku rasai, ketiadaannya memberi seribu rindu... cuma aku bukanlah terlalu pandai meluahkan perasaan...  kerana jauh di sudut hati, aku masih malu...

Semoga perkahwinan ini dalam keberkatan dan redha Allah,
Semoga Allah sentiasa melindunginya di mana sahaja dia berada, selamatkanlah perjalanannya,
Hilangkanlah rasa canggung ku Ya Allah, 
Berilah aku kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai isteri kepada beliau...
Terima Kasih Ya Allah, mengurniakan perasaan cinta dan sayang yang tinggi kepadaku untuk suamiku...

InsyaAllah, akan aku selalu mengingatkan diri ini, perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, dipenuhi dengan seribu satu tanggungjawab.... berilah kami kekuatan, jadikanlah kami dalam golongan orang yang soleh dan solehah... kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan taat perintah Allah... amiin ya rabbal a'lamiin...^_^.

p/s : selepas nie ape? kene cari kerja, tapi sejujurnya mood kahwin aku belum habis menyebabkan slow nye rase perasaan ini untuk cari kerja... Atiqah, fighting!

Siti Atiqah & Muhammad Safwan

Monday, June 23, 2014

Perginya Seorang Murabbi






Innalillahhi wainna ilaihi rojiuun.... Ya Allah, sedang bersiap2 nak kluar dari rumah tengah hari semalam, terdengar berita kematian salah seorang AJK Pas Pusat... terkedu... baru semalamnya beliau menyampaikan pengisian dan ilmu kepada kami sahabat2 di Usim... dan amat terkilan kerana aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya.... semuanya aturan Allah, tidak sangka itu yang terakhir.... Pergi lagi seorang murabbi tarbiyyah.. Allah3... Al-Fatihah buat beliau, semoga ditempatkan bersama para syuhada...


SEKILAS BIODATA tentang beliau yang dikongsi oleh sahabat di laman sosial Facebook... Begitu banyak sumbangan beliau....


Tarikh Lahir :18 Ogos 1950
Tempat Lahir: Kg. Masjid Tepoh, Kuala Terengganu
Nama Isteri: To’ Puan Zaitun Binti Salleh
Bil. Anak: 8 Orang (5 Lelaki, 3 Perempuan)
Alamat Rumah:1026, KM 14 Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu
Alamat Email: ust_abc@yahoo.com
___________________________________________
PENDIDIKAN
1973 – 1977: Ijazah Sarjana Muda (Hons) Pengajian Islam (Syariah) Dan Diploma Pendidikan UKM.
1987 – 1988: Melawat Sambil Belajar Bahasa Inggeris Di Fort Wayne Community College, Indiana, USA
1995 – 1996: Melawat Sambil Belajar Bahasa Arab Di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah, Khourtoum, Sudan.
2011 – 2012: Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM)
__________________________________________
PENGALAMAN KERJA
1977 – 1981:Pengetua Institut Berakan. Kuala Terengganu.
1982 – 1986: Wakil Rakyat (ADUN Jeram), Terengganu
1997 – 1999: Pengarah Urusan Ilmu Amal Sdn. Bhd, Pemilik Rangkaian Sek. Rendah Islam Pintar (SRIP)
1999 – 2004: Exco Pertanian & Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu
2000 – 2004: Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu
2004 – Kini: Pengerusi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT)
2008 – Kini: Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan
______________________________________________
POLITIK
1981: Menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS)
1984 – 1986: Tahanan Politik (ISA) Di Kem Tahanan Kemunting
1989 – 1999: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ke- 13
1999 – 2011: Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu
2000 – Kini: Ahli Jawatankuas PAS Pusat
2000 – 2007: Pengerusi JK Pertanian & Pembangunan Luar Bandar PAS Pusat
2007 – Kini: Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat
2008 – Kini: Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat
_______________________________________________
KEGIATAN PELAJAR & BELIA
1968 – 1970: Setiausaha Gabungan Pelajar Islam Terengganu.
1975 – 1977: Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UKM
1976 – 1977: Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM
1977 – 1981: Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Terengganu & Negeri Terengganu.
__________________________________________
KEGIATAN KEMASYARAKATAN & PENDIDIKAN
1979 :Mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM
1983: Mengasaskan Maahad Darul Quran, Terengganu
1987: Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu
1989 – 1999: Pengerusi PASTI Malaysia
2006 – 2008: Penasihat (Luar) Yayasan Amal Malaysia
2009 – Kini: Timbalan YDP Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan (YAKEP)
2013: Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)
____________________________________________
KEGIATAN ANTARABANGSA
1989: Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi, Pakistan
1989 & 1993: Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa Kali 1 & 2
1994, 1995 & 1996: Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki
1997 & 1998: Anggota JK Nadwatul Shabab Al-Alami, Khortoum, Sudan.
2003: Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan & Uzbekistan
2005 – 2013: Presiden Asian Federation Of Muslim Youth (AFMY)
2007: Mengasaskan Internasional Muslim Busines Network (IMBNet)
__________________________________________
PENULISAN BUKU
1987: Individu Muslim Dan Jamaah Islam – Angkatan Edaran Sdn Bhd
1998: Ketahanan Gerakan Islam – Ilmu Amal Sdn Bhd
1999: Al Hizbul Islami Al Malizi (Bahasa Arab) – Darul Biarak, Beirut, Lubnan
2007: Pilihanraya: Satu Tuntutan Jihad – Pustaka Damai
2011: PAS 60 Tahun – Pustaka Damai
2013: Negara Berkebajikan Menurut Pandangan Syed Qutb – Pustaka Damai
Darjah Kebesaran & Anugerah Tokoh
2002: Setia Mahkota Terengganu (SMT)
2003: Dato’ Setia Mahkota Terengganu (DSMT)
2003: Anugerah Tokoh Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Trg
2003: Anugerah Tokoh Tarbiyyah Sempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Pusat
2009: Tokoh PASTI Malaysia


AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM


Semoga akan ada generasi hasil tarbiyyah beliau yang akan mewarisi kehebatannya.

Wednesday, June 4, 2014

HUKUM WANITA BEKERJA Oleh: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Alhamdulillah dapat perkongsian berguna daripada seorang adik.... Sekiranya banyak menjadi tanda tanye apakah wanita boleh bekerjaya atau tidak, moge2 pengisian berikut memberi sedikit pencerahan... Semoga bermanfaat^_^

SOALAN:

Apakah hukum sekiranya wanita keluar bekerja? Apakah wanita dibenarkan bekerja di luar rumah seperti  kaum lelaki? Apakah wanita dapat menyumbang tenaga dan memegang jawatan dalam sektor perindustrian, pembangunan, dan aktiviti kemasyarakatan? Ataupun wanita hanya duduk dan menguruskan rumah sahaja?

Islam memberi penghormatan kepada wanita dan memberi mereka hak-hak kemanusiaan semenjak beberapa abad sebelum pihak Barat mengetahui hal ini. Apakah kerjaya tidak termasuk dalam hak-hak wanita bagi menjaga air muka dan maruah mereka daripada dijadikan barang murahan?Apakah mereka hanya boleh keluar bekerja kerana keadaan hidup yang mendesak?

Mengapa wanita tidak boleh melibatkan diri dalam masyarakat seperti wanita Barat? Wanita Barat mampu menampilkan personality, menuntut hak, dan menyumbang bagi menaiktarafkan masyarakat mereka.Kami ingin mengetahuibatas-batas syariat yang mengharuskan seorang wanita itu bekerja untuk dunianya, tetapi tidak merugikan agamanya. Bukan seperti pengamalan golongan yang terlalu tegas dalam agama. Mereka menghalang wanita daripada keluar rumah, menuntut ilmu, bekerja, dan keluar ke masjid. Tidak juga seperti golongan yang memberi kebebasan kepada muslimah daripada sebarang ikatan dan mempamerkan mereka sebagai barang murahan.Kami memohon penjelasan daripada hukum syarak yang sahih dan sederhana dalam semua aspek.

JAWAPAN:Kesamarataan Hak Antara Lelaki dan Wanita

Wanita juga adalah seorang manusia. Sama seperti lelaki. Begitu juga dengan golongan lelaki. Allah s.w.t. menjelaskan dalam surah Ali Imran, ayat 195:Maksudnya: …..sebahagian daripada kamu adalah (keturunan) daripada sebahagian yang lain.

Manusia adalah makhluk hidup yang mempunyai tabiat berfikir dan bekerja. Allah s.w.t memciptakan manusia untuk beramal di muka bumi. Akhirnya, Allah s.w.t. pasti menguji siapakah Antara mereka yang mempunyai amalan paling baik.

Allah s.w.t. memberi tugas kepada wanita untuk beramal, sama seperti golongan lelaki. Mereka memperoleh ganjaran daripada amalan baik yang mereka lakukan, sama seperti ganjaran yang diperoleh golongan lelaki. Allah s.w.t. memberitahu dalam surah Ali Imran, ayat 195:Maksudnya: Sesungguhnya, Aku tidak akan mensia-siakan amal orang yang beramal dalam kalangan kamu, sama ada lelaki ataupun wanita.Amalan baik pasti mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. menerangkan dalam surah An-Nahl, ayat 97:Maksudnya: Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki ataupun perempuan sedangkan dia beriman, sungguh, kami menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik.Wanita juga adalah sebahagian daripada masyarakat.

Islam tidak pernah mengabaikan hak sebahagian masyarakat dan menghukum masyarakat sebagai jumud ataupun lumpuh, lalu merampas kehidupan mereka. Islam juga tidak pernah mengeksploitasi kebaikan mereka tanpa memberikan sesuatu kepada mereka.Tugas utama seorang wanita adalah mendidik generasi. Allah s.w.t. memberi keistimewaan kepada wanita daripada segi fizikal dan spiritual dalam melaksanakan tugas itu. Tanggungjawab yang besar ini tidak boleh diabaikan. Ini kerana, masa hadapan umat manusia bergantung pada pendidikan generasi dan sumber kekayaan paling besar adalah sumber manusia.. Penyair Sunagi Nil, iaitu Hafiz Ibrahim ada bersyair:“Ibu diibaratkan seperti sebuah sekolah.Jikalau anda mempersiapkannya dengan baik, anda menyediakan akar tunjang satu bangsa.”

Selain itu, wanita juga mempunyai tugas dalam menjaga rumah tangga, membahagiakan suami, dan membentuk keluarga bahagia. Wanita juga bertindak bagi memastikan suasana rumah tangga dalam keadaan tenteram, penuh rasa cinta, dan kasih sayang.Ada perumpamaan menyebut, “Seorang wanita yang melayan suami dengan baik, umpama dia berjihad di jalan Allah.”

Namun, ini tidak bermakna hukum wanita bekerja di luar rumah adalah haram. Tidak ada individu dapat mengharamkan sesuatu perkara tanpa ada nas syarak dan dalil yang sahih serta jelas. Seperti yang kita ketahui, hukum asal sesuatu perkara adalah harus.Berdasarkan pada asas ini kita dapat mengatakan, hokum wanita bekerja ataupun melakukan aktiviti luar adalah dibolehkan. Kadangkala, perbuatan itu menjadi tuntutan yang digalakkan ataupun wajib dilakukan apabila keadaan mendesak.Contohnya, janda atau wanita yang diceraikan oleh suami. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan. Mereka juga tidak ada orang yang menanggung, sedangkan wanita itu mampu untuk bekerja bagi menampung keperluan hidup.

Namun, adakala wanita bekerja bagi memenuhi tuntutan keluarga seperti membantu suami, mengasuh anak-anak ataupun adik beradik yang masih kecil, ataupun membantu ayah yang sudah tua. Sebagai contoh, kisah dua orang anak perempuan kepada seorang lelaki tua yang mengembala kambing ayah mereka. Allah s.w.t. menceritakan dalam surah Al-Qasas, ayat 23: Maksudnya: Mereka menjawab, “Kami tidak memberi minum sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternakan mereka dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”Begitu juga dengan kisah Asma’ binti Abu Bakar r.a yang membantu suami beliau, Zubair bin Awwam menguruskan kuda, menumbuk bijirin dan menjinjing bijirin di atas kepala beliau dari kebun yang jauh di Madinah.

KESIMPULAN

Dalam konteks kemasyrakatan, tenaga wanita diperlukan bagi mengubati dan merawat pesakit wanita, mengajar anak-anak perempuan, dan kegiatan lain yang khusus untuk dilakukan oleh wanita. Wanita adalah orang paling utama yang berinteraksi dengan kaum sejenisnya dalam semua aktiviti, bukannya golongan lelaki.Golongan lelaki mengambil alih tugas-tugas wanita hanya ketika darurat, tetapi ini bukan kaedah yang tetap.

Syarat-syarat Wajib untuk Wanita BekerjaTerdapat beberapa syarat wajib untuk wanita yang bekerja:

1- Jenis pekerjaan yang diceburi adalah kerja yang disyariatkan, bukan jenis pekerjaan haram ataupun pekerjaan yang membawa kepada perkara haram, contohnya:
•    Berkhidmat sebagai hamba/pelacur yang melayani lelaki bujang.
•    Memjadi setiausaha khas kepada bos yang kadangkala membawa kepada situasi berdua-duaan.
•    Menjadi penari yang meransang nafsu dan naluri bagi mendapat habuan dunia.
•    Pelayan di bar yang menghidangkan arak. Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menuang, membawa dan menjual arak.
•    Pramugari kapal terbang yang menghidangkan minuman-minuman memabukkan kepada penumpang.
•    Wanita bermusafir jauh tanpa mahram, menyebabkan mereka bermalam bersendirian di negeri asing.
•    Semua pekerjaan ataupun aktiviti haram dalam Islam sama ada khusus kepada kaum wanita ataupun kepada semua golongan lelaki dan wanita.

2- Wanita muslimah perlu mematuhi adab-adab ketika keluar rumah. Antara adab-adab itu adalah dalam berpakaian, berjalan, bercakap dan setiap gerak-geri. Allah s.w.t. memerintahkan dalam surah An-Nur, ayat 31:Maksudnya: Dan katakana kepada perempuan-perempuan beriman itu supaya menundukkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan dan memelihara kehormatan mereka. Dan jangan mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan jangan mereka menghentakkan kaki supaya diketahui oleh orang tentang apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.Allah s.w.t. mengingatkan wanita supaya tidak melembut-lembutkan suara mereka dalam surah Al-Ahzab, ayat 32:Maksudnya: Jangan kamu berbicara dengan lembut manja kerana ia mampu menimbulkan keinginan kepada orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya. Sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai, dan sopan.

3- Pekerjaan ataupun tugas wanita itu tidak menyebabkan dia mengabaikan kewajipan-kewajipan lain seperti kewajipan kepada suami ataupun anak-anak, iaitu kewajipan dan tugas utama seorang wanita.

Monday, April 21, 2014

FUll Adder


This week we have to complete our assignment on the topic Adder , Full Adder.. Frankly speaking it is getting more harder now. Me myself trying to get in it.

This is the schematic circuit that I am drawing in the Gateway Silvaco Software. From here we have to run whether our circuit is function or not. This is what we called as simulation. Simulate in order to know the real analysis if the true circuit will be implemented.

So what is adder? What is mean by full adder? Where is it's application ?

In  electronics,  an adder or summer is a digital circuit   that performs addition of numbers. In many computers and other kinds of processors, adders are used not only in the arithmetic logic units,  but also in other parts of the processor, where they are used to calculate addresses, table indices, and similar operations.

Although adders can be constructed for many numerical representations, such as binary-coded decimal or excess-3, the most common adders operate on binary numbers. In cases where two's complement or ones' complement  is being used to represent negative numbers, it is trivial to modify an adder into an adder-subtractor. Other signed number representations require a more complex adder.


Full Adder


A full adder adds binary numbers and accounts for values carried in as well as out. A one-bit full adder adds three one-bit numbers, often written as A, B, and Cin; A and B are the operands, and Cin is a bit carried in from the next less significant stage. The full-adder is usually a component in a cascade of adders, which add 8, 16, 32, etc. bit binary numbers. The circuit produces a two-bit output, output carry and sum typically represented by the signals Cout and S, where \mathrm{sum} = 2 \times C_{out} + S. The one-bit full adder's truth table is:


A full adder can be implemented in many different ways such as with a custom transistor-level circuit or composed of other gates. One example implementation is with S = A \oplus B \oplus C_{in} and C_{out} = (A \cdot B) + (C_{in} \cdot (A \oplus B)).
In this implementation, the final OR gate before the carry-out output may be replaced by an XOR gate without altering the resulting logic. Using only two types of gates is convenient if the circuit is being implemented using simple IC chips which contain only one gate type per chip.

A full adder can be constructed from two half adders by connecting A and B to the input of one half adder, connecting the sum from that to an input to the second adder, connecting Ci to the other input and OR the two carry outputs. The critical path of a full adder runs through both XOR-gates and ends at the sum bit s. Assumed that an XOR-gate takes 3 delays to complete, the delay imposed by the critical path of a full adder is equal to
T_{FA} = 2 \cdot T_{XOR} = 2 \cdot 3 D = 6 D
The carry-block subcomponent consists of 2 gates and therefore has a delay of
T_c = 2 D

References: http://en.wikipedia.org/wiki/Adder_%28electronics%29

Sunday, April 20, 2014

Selamat Beramal

Tugas Istri Di Dalam Rumah



  1. Senantiasa menjaga ibadah dan akhlaknya.
  2. Hendaklah senantiasa membersihkan rumah menurut syariat Islam.
  3. Menyediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta.
  4. Menyediakan makanan yang disukai oleh suami.
  5. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
  6. Mencuci pakaian suami dan anak-anak.
  7. Menyediakan keperluan-keperluan lain untuk Suami.
  8. Menjaga harta suami, tidak menyerahkannya kepada orang lain tanpa keijinannya.
  9. Mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman agar tidak membebankan ibu bapanya di Akhirat kelak.
  10. Menjadi penghibur suami ketika dia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri hendaklah menjadikan rumah tangganya seperti surga buat suami dan anak-anak.
Tanggung jawab wanita tersimpul dalam sebuah Hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Apabila seorang wanita menunaikan kewajibannya terhadap Tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih kepada Allah terus-menerus. Dan selama mana berkekalan alat tenunan itu pada tangannya maka seolah-olah ia sholat berjemaah. Apabila ia menjerang periuk unluk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah menggugurkan semua dosanya (kecuali dosa besar). “
Sumber : http://kawansejati.ee.itb.ac.id/204-tugas-istri-di-dalam-rumah

Panduan Berhadapan Dengan Suami



  1. Ketika suami sedang berbicara, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong pembicaraannya.
  2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti karena kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita. Anggaplah marahnya suami adalah karena dosa si isteri. Karena Allah murkalah, maka Allah datangkan hukuman melalui suami.
  3. Cepat bertindak ketika suami berharap sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
  4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada kehendak anak-anak (disinilah tanda kasih sayang terhadap suami). Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak atau orang lain.
  5. Ketika berhadapan dengan suami, hendaklah senantiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian di dalam rumah dan berwajah manis.
  6. Memuliakan ibu bapa dan keluarga suami, menghormati isteri-isterinya (madu kita) dan melayani anak-anak suami (anak tiri kita) dengan baik.
  7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya menunjukkan rasa gembira dan simpati.
  8. Menjaga harta suami dengan baik dan jangan mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kerapian rumah. Menyediakan peralatan mandi atau pakaian sebelum suami ke kamar mandi.
  9. Menghormati suami, berdiri menghantar pemergian suami dan menyambut kepulangannya dengan senyuman.
  10. Mesti sama-sama merasakan perasaan suami :
    Senang kalau ia senang dan bersimpati kalau ia berduka.
    Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang.
    Terhibur ketika menerima pemberian suami.
    Tidak memperkecilkannya.
    Tegasnya, dapat menyelami perasaan suami dan sanggup
    berkorban demi kesenangan suami.
  11. Memelihara maruah suami.
  12. Memahami suami, jika dia pemimpin membantu dia dengan mengambil berat soal kebajikan anak-anak buahnya. Jika suami guru, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita siap dengan apa saja keadaan, kedudukan atau perbuatan suami.
  13. Senantiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Senantiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bertengkar di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah, walaupun hati sendiri yang terluka.
  14. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah, agar terjalin kasih sayang karena Allah dan mendapat keturunan yang banyak dan baik.
  15. Hendaklah isteri senantiasa bersikap malu kepada suaminya.
  16. Memelihara kehormatan ketika suami tidak ada di rumah.
  17. Merasa cukup dengan apa yang ada (qana’ah).
  18. Selalu bersikap belas kasihan serta merasa takut kepada suami
    dan senantiasa merasa diri kita yang bersalah.
  19. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Diantara sabda
    Rasulullah SAW bermaksud:
    “Allah Tabaraka wa Taala membenci seorang isteri yang tidak berterima kesih kepada suaminya, sedang ia memang memerlukan suaminya.”
    (Riwayat An Nasai)
    “Siapa saja isteri yang keluar rumah tanoa ijin dari suaminya, tetaplah ia di dalam kemurkaan Allah sampai ia kembali atau suaminya redha kepadanya.”
    (Riwayat Al Khatib)
    “Apabila seorang wanita sholat lima waktti berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya, mematuhi suaminya, maka dapatlah dia memasuki Surga.”
    (Riwayat Al Bazzar)
Sumber :
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/206-panduan-berhadapan-dengan-suami

Qalbu Salim

Hati yang sejahtera, hati yang sentiasa mengingati akhirat.

Ke arah hati yang bahagia, adalah dengan melakukan kebaikan kepada orang lain, maka hatinya akan dekat dengan Allah. Hati yang dekat dengan Allah akan mudah mengingati akhirat lantas sentiasa berwaspada dalam amal ibadah dan semakin meningkat amal ibadah, semakin mendapat hati yang sejahtera... Qalbu Salim..

Hakikatnya dunia ini penting, kerana adanya akhirat. Dunia tempat bercucuk tanam mengumpul amal kebaikan, supaya berbekal ketika menuju akhirat...

Ya Allah, hari ini aku meneruskan kerja seperti biasa di office, namun jauh sudut hatiku terasa lesu... Alhamdulillah ada sahabat yang suka berkongsi dan meningkatkan produktiviti hati dalam bekerja...

Please, cheer yourself.

Jika benar memahami dunia ini ladang akhirat, setiap pekerjaan adalah bekal menuju ke akhirat,  sekiranya dilakukan semata-mata taat pada perintah Allah...

Alhamdulillah, demi mengubat kelesuan hati sepanjang hari bekerja, aku serta seorang sahabat mengambil keputusan untuk beriktikaf di masjid selepas menghantar seorang sahabat yang duduk tidak jauh dari masjid tersebut.
Sehingga selesai berjemaah Isya', kami pulang, semoga pulang dengan hati yang segar.. untuk memulakan tugas keesokan hari, sekira Allah masih memberi peluang untuk melihat dunia sekali lagi.

 Jangan dipinta ringankan ujian, tapi pintalah hati yang kuat untuk menghadapi ujian...^_________^

Keep up Atiqah!

Wednesday, March 26, 2014

Dr Harun Din Mula Bersuara Mengenai MH 370

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/29/Haron_Din.jpgIni antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:
1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.
2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.
4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.
9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.
Diolah semula oleh penulis asal
 
copy from http://www.colourfulcontactlens.com/2014/03/dr-harun-din-mula-bersuara-mengenai-mh.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...